Followers

Sunday, June 21, 2015

Ulasan filem: A MOST VIOLENT YEAR

"I have always taken the path that is most right." - Abel

A Most Violent Year merujuk pada satu tahun, 1981 di New York City, ketika kadar jenayahnya tinggi tetapi Abel Morales (lakonan Oscar Isaac), seorang imigran yang merupakan seorang usahawan minyak cuma punya satu matlamat iaitu mahu mengembangkan perniagaannya. Dia mahu mencapai impian Amerikanya dengan jalan yang lurus, seboleh-bolehnya ianya bersih dan kerapkali menyebut betapa dia 'bukan seorang gengster', menyangkal segala klise yang imigran sepertinya hanya boleh berjaya jika hanya ikut kitab Mario Puzo, sedangkan realitinya kisah hidup Abel banyak merujuk pada rujukan biblikal: orang-orang dan jenayah sekelilingnya boleh saja membuatkan dia terpesong dari jalan yang lurus ini. Bagaimana dia mahu menanganinya sedangkan dia terdedah kepada jenayah, korupsi dan ancaman bahaya yang dilihatnya hadir dari saingannya yang mahu melihatnya jatuh?

A Most Violent Year bukan filem untk semua. Tetapi ia sebuah filem yang lebih beriman kalau hendak dibandingkan dengan filem gengster tempatan yang hendak memberi pendidikan, kononnya melalui visual yang seolah-olah tidak meletakkan agama sebagai panduan mereka (jika ada yang merungut tentang filem tempatan tetapi masih merungut dengan AMVY, ingin saya baling mereka dengan mortar). Berbeza dengan AMVY di mana buat kita melihat setiap perkara dan perwatakan yang mengisi filem. Ianya sebuah filem The Godfather yang anti-Godfather dengan persembahan cemerlang Oscar Isaac (mengingatkan pada persembahan Pacino dalam The Godfather) dan Jessica Chastain, di bawah arahan J.C. Chandor (terdahulu dikenali melalui filem Margin Call).

PLOT: Filem ini mengambil latar tahun 1981 yang disebut sebagai tahun paling berbahaya dalam sejarah bandaraya New York. Ia mengisahkan seorang pendatang dan keluarganya yang berhijrah dengan impian Amerika di mana mereka berusaha untuk menjalankan perniagaan walaupun keganasan sering melanda bandar yang didiami keluarga itu. Lakonan penerima nominasi Golden Golden, Oscar Isaac (melalui filem Inside Llewyn Davis) dan  Jessica Chastain (pencalonan Oscar melalui The Help, Zero Dark Thirty, Interstellar)
 
Genre: Aksi / Drama / Jenayah
Tarikh Tayangan: 15 Januari 2015
Pengedar: GSC MOVIES
Pengarah: J.C. Chandor
Pelakon: Oscar Isaac, Jessica Chastain, David Oyelowo, Alessandro Nivola

No comments:

Related Posts with Thumbnails