Semasa filem Insidious diedar oleh pengedar filem bebas tahun 2011, saya terlepas. Dan diganggu oleh bab "anak dia dirasuk, ayah dia dirasuk" of sort. Nama James Wan naik lagi (selepas SAW). Ia disebut "seram" oleh Blogserius, dan ini perkara jarang sehingga ditemukan dengan nama Blumhouse, penerbit filem ini yang kemudian menerbitkan Sinister dan Oculus (tapi sebelum tu ada Paranormal Activity yang saya tak ikuti sangat).
Bila The Conjuring dan Insidious Chapter 2, kedua-duanya arahan James Wan, ditayangkan back-to-back di panggung, adakah bisnes horror ini serius sebab yang sering saya nampak ialah perbandingan seperti Insidious lebih seram daripada The Conjuring (sebab kau tutup mata masa scene seram The Conjuring, memang lah....). The Conjuring saya pernah tulis akan kehebatannya. Keseramannya mengembalikan era seram klasik The Exorcist kerana tema yang serupa. Insidious ada sedikit berbeza, walau nak hampir sama dengan The Conjuring. Barangkali kerana alam seram fiksyen The Further yang direka oleh gandingan dua rakan James Wan dan Leigh Whannell, keserasian mereka yang terserlah sejak Saw lagi.
Kedua-dua filem pertama dan kedua Insidious ini perlu ditonton bersama kerana yang pertama tak pernah selesai dan yang kedua menamatkannya, dan ia bukan soal seram lagi tapi ceritanya, secara ringkas tentang keluarga Lambert yang cuba menyiasat misteri rahsia zaman kanak-kanak Josh (Patrick Wilson) yang telah menghubungkan mereka ke dunia roh dengan bantuan pakar psikik, Elise (Lin Shaye). Ada benda yang tak ada dalam Chapter 2 ni (ini yang saya terlepas semasa filem pertama tapi nasib baiklah mereka buat marathon). Elemen komedi yang dibawakan oleh Leigh Whannell (sebagai Specs dan Angus Sampson (sebagai Tucker)mengingatkan saya pada filem The Frighteners arahan Peter Jackson.
Saya menyukai filem Insidious, kedua-duanya walaupun agak polarizing penerimaannya. Pada saya yang komen dalam Rotten Tomatoes tu semua ada problem dengan sequels, tapi Insidious 2 melengkapkan cerita. Ia tak boleh diadili dengan "filem yang first lagi seram dari yang second" of sort. Seperkara lagi, ada pengkritik yang bukan peminat filem sebegini dan pada mereka ada benda yang tak masuk akal dan itu yang saya akui dan saya perlukan penjelasan saintifik dari James Wan dan Leigh Whannell (pada beberapa perkara yang saya dah lupa). Anda akan rasa seramnya kurang sedikit sebab ia lebih menekankan pada plot "kenapa si sekian-sekian ni jadi macam ni" dan anda telahpun kenal karakter-karakter ini pada filem pertama.
Rating: 3 out 5 dari saya.
Scene paling best? "Beruang? Ninja ? Pemburu?"
----------------------
Arahan: James Wan
Cerita: James Wan, Leigh Whannell
Lakonlayar: Leigh Whannell
Lakonan: Patrick Wilson,Rose Byrne, Barbara Hershey, Lin Shaye, Ty Simpkins.
Muzik: Joseph Bishara
Sinematografi: John R. Leonetti, David M. Brewer
Studio: IM Global, Entertainment One, Blumhouse Productions, Alliance Films, Stage 6 Films
Edaran: Sony Pictures (Malaysia)
Tarikh tayang: 1 April 2011(Insidious), 17 Oktober 2013 (Insidious: Chapter 2)
No comments:
Post a Comment