Followers

Friday, June 12, 2015

AKU TERDESAK UNTUK BERSUARA ; KEROSAKAN MULA TERNAMPAK DAN DIHARAP BELUM MENJADI KANSER, IBARAT KELADAK YANG DIBAWAH MENUNGGU-NUNGGU AIR DIKOCAK. - Adman Md. Salleh


Terlebih dahulu izinkan saya memberi satu gambaran situasi yang terjadi setiap hari disebuah perhentian kenderaan awam diKL yang penuh sesak dengan penggunanya. Tujuannya bagi memerhati setakat mana perubahan yang berlaku terhadap tingkah-laku dan sikap pengguna awam, pada sebelum dan semasa era teknologi sekarang untuk renunggan semua jika pendekatan yang diberi terhadap penyertaan perlu lagi ditokok-tambah bagi pencapaian yang lebih berkesan.

1980.
Kawasan perhentian awam yang dimasudkan itu ialah di Masjid Jamek. Bagi mendapat apa yang dikehendaki, perlulah waktunya diputar kembali ke 80’an. Dan umur saya pada waktu itu akan samalah dengan generasi X, Y dan Z sekarang.

Sekarang saya berada diantara ratusan orang-orang awam yang sedang menunggu kenderaan tiba. Ribuan terima kasih kepada kerajaan yang telah menyediakan prasarana perhentian kenderaan awam untuk kemudahan  bersama.

Jam 5 petang. Penuh sesak dengan ratusan orang-orang awam yang terdiri daripada berbagai golongan generasi dan bangsa. Disebabkan masing-masing  berasal dari berlainan budaya dan sejarah bangsa. Akibatnya mereka juga tidak memiliki satu ‘ worldview ‘ yang sepakat, jika mereka juga tidak ambil berat kepada perlembagaan yang digubalkan dan dipersetujui selepas negara mencapai kemerdekaan. Saya ingin merujuk kepada satu ucapan peringgatan Raja Nazrin baru-baru ini selepas beliau di tabal Raja Perak; “ untuk membentuk satu raayat Malaysia yang kuat, dinamik dan berkekalan, setiap raakyat perlu bersama dibawah satu bendera, ia itu bendera Malaysia ; satu raja, Yang Dipertuan Agung ; satu lagu, negaraku ; satu budaya, budaya yang berteraskan budaya melayu ; dan dibawah satu moto, Bersekutu bertambah mutu ”.

 Situasi kesesakan yang digambarkan ini memang tidak dapat dielak. Maklumlah negara kita baru menempuh era negara membanggun. Suatu system perlu di usahkan walau hanya untuk sementara waktu bagi menyelesai masaalah yang ditimbulkan kerana kesesakan ini. Kalau diserah sahaja kepada ragam manusia, bimbang nanti keadaan kita akan jadi seperti ratusan kambing biri-biri yang di kendalikan kawalan hanya oleh seekor anjing ‘shepherd dog’ ! Kitakan manusia yang berakhlaq bisa mampu berdepan dengan apa saja secara waras.

Memang kita orang kota mudah lupa. Dengan akhlak itu juga masyarakat kampung dapat menyiapkan segala urusan harian dan menyelesai apa pun masaalah yang timbul. Mereka kerjakan semua itu secara gotong-royong. Semangat menghormati dan silaturrahim sesama mereka sentiasa dipupuk, ibarat lilin yang apinya tidak akan padam. Yang tua dihormati dan yang muda di teguri. Inilah yang dijadikan tenaga yang mengerakkan system mereka.

Contohnya jika seseorang dari mereka ada terniat untuk mendirikan sebuah rumah baru, belum lagi didirikan bakal sipemilik ini akan memohon kerestuan dari semua peringkat golongan masyarakat kampung tersebut. Maksud disini ialah ada satu budaya upacara ritual ‘ memacak tiang seri ‘ akan diadakan, dimana semua ahli kampung tidak kira tua atau muda dan status sosialnya yang teratas atau terbawah dijemput turun ketapak rumah yang belum didirikan untuk meraikan dengan doa’ kesejahteraan dan kenduri sambil semua mengambil bahagian memacak dan mendirikan tiang yang utama kepada rumah yang belum didirikan.

Bab ini juga kita perlu sekali lagi berterima kasih kepada kerajaan, kerana saban tahun kempen-kempen mengigatkan semua terhadap pentingnya hidup bermuafakat di hebah keseluruh pelusuk negara.

2015.
Masih jam 5 petang. Kawasan perhentian kenderaan awam yang sama hanya bezanya sekarang berada dalam era teknologi. Saya kembali sebagai seorang warga emas. Sama saja kesesakannya dan bezanya pada prasarana yang lebih moden sesuai dengan perubahan zaman. Kesesakannya mengakibatkan masing-masing terpaksa berhimpitan sehingga bersentuhan bahu. Ianya tidak menjadi isu. Mungkin sewaktu 1980 dahulu ianya boleh di jadikan isu. Boleh mencetuskan pergaduhan. Tapi sekarang situasinya berbeza, kelihatan mereka tidak ambil peduli sesame mereka. Hanya asyik sibuk melayari alam siber atau internet.  Ini kerana walau pun gejet yang utamanya direka untuk kegunaan menalifon, malahan esesorinya membenarkan untuk kegunaan yang lebih banyak.

Sebuah kenderaan berangkai yang di gelar LRT tiba-tiba muncul dengan laju dan berhenti. Dengan serentak ratusan mula berpusu-pusu bergerak dan merempuh masuk kedalam kenderaan berangkai tadi. Agak pelek tingkah laku ratusan mereka kerana sebelum ini mereka kelihatan masih dalam pelayaran alam siber tidak hiraukan apa yang disekeliling mereka. Mungkin  gerakan respon terhadap ketibaaan kenderaan berangkai sudah menjadi  tersangat rutin.

Belum sempat pemandu menggerakan kenderaannya, ratusan pengguna tadi yang tidak kira generasi, golongan, tua atau muda berebut untuk mendapatkan tempat. Yang terpantas mendapat tempat duduk. Tidak dipeduli lagi jika masih tertampal poster-poster dan isyarat-isyarat dari kempen kesedaran kepada bersopan dan berhemah. Duduk sahaja, masing-masing menyambung pelayaran alam siber. Dalam beberapa saat sahaja mereka telah lesap dari dunia kenyataan.

Yang tidak dapat tempat duduk, bergayut ikut juga hanyut kealam siber. Si warga emas yang kurang bertenaga ikut bergayut dan dihimpit oleh sisa anggota-anggota yang kehilangan perasaan dan keperihatinan. Semua belayar sehingga hanyut, entah dimana ? kebanyakan dalam alam siber permainan. Yang lain-lain dimana ?

Manusia tidak lagi mesra dengan alam semesta yang sebenar. Alam sekeliling yang sentiasa tersedia memberi khidmat bimbingan semuga manusia tidak tersasar tidak dipedulikan lagi.

Minta rujuklah semula segala persembahan traditional yang melengkapkan spektrum kebudayaan miliki kita dimasa lampau ; baik pun makyong, menora, wayang kulit, tarian-tarian, corak dan motif batik dan berbagai lagi pengisiannya atau ‘ kandungan kreatifnya ‘ sentiasa di ransangkan daripada alam flora semula jadi sehingga tercatet diantara begitu banyak peribahasa melayu yang telah dilupai seperti  ‘ alam semesta yang menjadi guru ‘.

Apa yang terjadi sekarang ? kita tidak lagi membuka diri kepada alam sekeliling yang sentiasa bersedia memberi khidmat bimbingan semuga terzahirlah sikap kesempurnaan untuk dicontohi.  Sebaliknya kita membuka diri kepada nukilan ‘ kandungan kreatif ‘ yang terlalu asing untuk kita. Mereka terus dihumban sehingga membanjiri di alam siber dengan hasil-hasil karya yang tidak berakar umbi kepada kita atau satu ‘ worldview ‘ yang tidak sepatut kita bersetuju. Di asak dan terus di asak dan akhirnya … ? Saya ingin merujuk kepada kata-kata bekas menteri propaganda Nazi, Goebbels ; beliau membuat kenyataan walau sesuatu itu hanya satu pembohongan, jika di ulanggi bertubi-tubi dimana akhirnya di terima juga sebagai satu kebenaran !

Akibatnya akan hilang segala kemuafakatan dan silaturahim yang selama ini telah dijadikan pakaian kemegahan bangsa asalnya kita ! Ibarat hilang satu lagi kebebasan bersuara walau pun dunia melaungkan, kami mahu demokrasi !

Al-Qur’an menyebut:
‘’Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu) ‘’ [Al-Hujurat 49: 13]

Penilitian terhadap penyertaan kita dalam era teknologi yang kopetitif ini, jika tidak di renunggi dengan halusi dan di strategikan semula dengan kemas ianya akan ‘ back fire ‘ kepada suatu yang negatif daripada positif.

Malahan penilitian yang dibuat ini adalah hanya dari satu aspek atau peringkat, dimana banyak lagi yang boleh di perlanjutkan kepada ke peringkat perbincangan dahulu sebelum dilaksanakan.

Sangat nyata kita perlu berbalik kepada erti sebenar tentang kandungan ‘ Kreatif ‘ yang kita telah popularkan, bukan setakat merayakan era teknologi.

Soalan saya adalah setakat mana GOMEN sudah perlebarkan perbahasan tentang apa yang dimaksudkan GOMEN secara jelas berkenaan ‘ kandungan kreatif ‘ ini ?

Adman Md Salleh.
Adman_s@yahoo.com

Nota: saya pernah berbicara dengan Adman Salleh, di pitching center inilah (di Platinum Sentral). katanya, orang yg memegang jawatan di perbadanan filem ialah orang yang entah ada passion ke tidak terhadap filem. dia tak menyebut nama. Adman juga tidak menggunakan ruang media sosial, maka dia emelkan saya pandangannya di atas. saya naikkan ke ruang ini tanpa suntingan.

1 comment:

Adi Herman said...

kritikan yang pedas namun berguna

Related Posts with Thumbnails