Followers

Sunday, May 31, 2015

Ulasan filem: MALEFICENT

Saya sempat tonton filem ini di TGV Encorp Strand Mall ( ketika panggung baru dibuka,  tiket free tapi perlu datang awal). Mulanya memang tak berkenan bila baca ulasan yang konstruktif sangat, jadi memandangkan ketika filem ini keluar pun sedang musim alam ria cuti sekolah,  I treat the movie just like how it is, I mean macam budak tengah cuti layan movie, and turned out it's good. Tapi kalau saya dalam mode critical bastard, then the movie is trying too hard, too hard to please. Part Angelina Jolie kurus tu saya tak ada masalah sebab seharusnya begitu tapi ada satu masa saya penat sikit dengan Angelina Jolie ni. Sesungguhnya bukan dia yang menggerakkan saya untuk menonton filem ini but the premise itself, dan ia ada kegagalan sikit. Seolah-olah Angelina Jolie yang muncul dalam kepala otak producer dulu (sebab nak jual) kemudian barulah ceritanya yang underdevelop. But hey, tengah cuti skolah ni, I had fun!

Saya  beri perhatian sepenuhnya pada filem ni masa muncul si gagak hitam Sam Riley yang merupakan mantan Ian Curtis, 'the lead singarr of Joy Divisyannn' dari filem Control arahan Anton Corbijn. Saya expect wataknya boleh dikembangkan jadi lebih evil dengan approach History of Violence. Tapi mungkin sebab filem Disney maka ia  jadi lebih santai. Maleficent  bawaan Angelina Jolie tidak sehitam yang disangka. Malah saya dah penat dengan Jolie. Sekali lagi dia tak menggerakkan saya untuk menonton filem ini tapi yang kelakarnya saya baru sedar ada seorang lagi Fanning selain Dakota dalam bentuk Elle. Rupanya baru saya tau Princess Aurora ni sedara Cherie Currie dari The Runaways. Saya juga suka Elle sebagai pelakon suara dalam filem The Boxtrolls (akan saya ulas kemudian).

Kelakar nombor 2 bila si putera raja yang berjaya 'merepih-repih' hati si Maleficent selepas tu bakal jadi Chappie dan lepas tonton District 9,  saya  rasa Sharlito Copley boleh buat lebih daripada tu. Tapi bukan salah dia pun tapi salah skrip yang gagal memanfaatkan bakat Copley.

Dari segi kesan khas, CGInya bagus. Bila masuk bab Sam Riley berubah jadi gagak hingga jadi orang semula, saya tak tipu, memang saya terhibur. Dunia Maleficent berjaya dihidupkan bagai kita berada di awang-awangan. Pengarahnya Robert Stromberg sebelum ini punya kerja yang ekstensif sebagai penyelia di bahagian kesan khas dengan kerja majornya ialah untuk filem James Cameron, AVATAR jadi faktor ini perlu diambil kira.

Kesian anak sedara saya si Adriana Yasmin tak dapat tonton filem ini di layar besar padahal pakciknya dah tonton dekat sangat dengan rumahnya. Bergelak ketawa dengan gadis-gadis bawah umur pula tu, mereka sedang cuti barangkali.

-----------------------------------

Klasifikasi: P13
Genre: Fantasi
Tarikh Tayangan: 29 Mei 2014
Pengedar: WALT DISNEY PICTURES
Pengarah: Robert Stromberg
Pelakon: Angelina Jolie, Elle Fanning, Sharlto Copley, Juno Temple, Sam Riley

No comments:

Related Posts with Thumbnails