Filem mother! arahan Darren Aronofsky ialah suara yang memberitahu apa yang membuatkan aku minat sangat akan filem malah pernah bikin filem juga (dan ini datang dari graduasi art school yang sekian malam mempersoalkan akan kewarasan diri dan sering berlaku tidak adil pada diri sendiri sedang dia membuang dirinya jauh ke ibukota, kerana mahu kembangkan kerjaya tapi kalah dek 'the end of print' yang membuatkan dirinya papa kedana dan lupa seketika perihal matlamat lalu nak balik kampung semula tapi aku boleh tambah nota kaki: it doesn't matter anymore...).
mother! ialah filem yang seronok. Seronoknya melihat bagaimana Darren menterjemah kitab Genesis dalam hal writer's block (aku boleh kaitkan pada diri sendiri dan perlukan ilham) sampai orang tak perasan. Dan ia berlaku pada satu tempat itu saja melalui perspektif isteri lakonan Jennifer Lawrence yang aku lihat sebagai pelukis (juga aku boleh kaitkan dengan diri) bersuamikan seorang poet. Tapi lagi seronok kalau aku tak tau apa-apa tentang alegori Genesisnya.
Sebab bila Darren secara jelas menyatakan ianya alegori Genesis, ia menyebabkan majoriti penyembah berhala pagan yang kian menular di US menyisihkan filem ini. Dan di tempat sendiri, orang lebih banyak bercerita tentang sumber asalnya (yang dipadankan secara longgar). Ini salah bagi aku. Sebab ia buat kita tak bercerita tentang mother! sebagai filem, samada dari segi plot, naratif dan penggayaan (ini lagilah ramai yang tak terkejar). Tapi tema keretakan dan kesesatan yang digambarkan Darren pada mother! ialah realiti yang berlaku sekarang. Semacam manusia itu mengambil inspirasi dari kitab dan menyelewengnya atau amaran tentang kesan dan akibat bila manusia melakukan 'act of God' tanpa benar-benar memahami kata-kataNya.
Darren boleh dipanggil pretentious (dengan lebih teruk lagi) melalui mother! tapi ia perlukan seseorang yang menyukai kerja pengarah yang pernah bikin Requiem for a Dream, The Fountain (aku beli novel grafiknya dengan catan Kent Williams) dan Black Swan ini untuk benar-benar menghargainya.
9/10
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 28 September 2017
Genre: Drama / Misteri
Durasi: 2 Jam 2 Minit
Pengedar: United International Pictures
Pelakon: Jennifer Lawrence, Javier Bardem, Michelle Pfeiffer, Domhnall Gleeson, Ed Harris
Pengarah: Darren Aronofsky
p/s: aku tak fokus bila tengok treler filemnya, tak baca sinopsis jadi taklah aku termasuk dalam kategori salah tafsir.
No comments:
Post a Comment