Marvel tiada dunia mistik a la DC/Vertigo dalam filem sebelum ini, but somehow DC yang selalunya lembab bab-bab filem ni dah pernah buat dulu melalui Hellblazer (Constantine yang punya kelebihan berbanding manusia meneroka alam mistik, siap Ancient One jadi Gabriel lagi) yang dibenci fanboys kerana ketidaktepatan rupa dan accent Constantine, but that's not the case with Doctor Strange.
Bila anda timbulkan ilham nak letak Constatine dan Morpheus dan Superman dalam satu kerangka, you'll get cringe. But that's not the case with Doctor Strange yang ditemukan dengan seorang Avenger, sebagai contoh. Anda mahu perkara itu berlaku. That would be fun. Cape with cape. Strange, isn't it?
Masa baca komik Doctor Strange keluaran pertama tahun 1963, kalau anda bagitau saya ia mahu dijadikan filem, saya boleh ketawa juga. Sebab ia agak flower power.
Tapi bila Scott Derrickson menzahirkannya, dengan ketepatan rupa, accent, dunia mistik dan kostumnya, saya boleh terima dengan mudah. Ia memang straight dari buku komik. Saya dah tak boleh gelak, macam Wong.
Dan Doctor Strange menjadi Doctor Strange bukan secara keterpaksaan as it so happens, naturally, strangely. Tak terasa seperti latihan panjang Bruce Wayne di Bhutan (nak bagitahu yang ianya filem origin story, dengan formula yang sama tapi tetap ada benda yang tak sama pada lain-lain perkara). Sebab dia dah well prepared dengan Phd barangkali, bukan beli.
Dengan segala medical term jokes, Doctor Strange juga terasa seperti album Carcass dan satu episod Scrubs bila J.D bertukar menjadi Hulk, tapi dikembangkan. It's all fun. Benedict Cumberbatch is nothing but fun to watch. And I'm glad he's now part of MCU.
Simply put, pada saya, filem ni memang Benedict Cumberbatch punya show. Dia, dia, dia, dari awal ke hujung filem.
Kemudian letak pulak Rachel McAdams sebagai love interest. Memang lain macam lah dia punya rom com. Saya minat dia dari Mean Girls lagi.
And I've come to terms apa yang membezakan Doctor Strange dengan filem MCU yang lain ialah Doctor Strange is deeply rooted on self-centre rather than superheroic purpose yang nak lawan their evil counterpart. Strange sangat reklusif dengan konsep mencederakan lawan sampai hilang nyawa. His main purpose is to cure and to save. Dia ni doktor yang sebenar dalam dunia Marvel walaupun sebelum ini Marvel dah ada doktor dalam bentuk Bruce Banner.
Jadi antagonist ni siapa dan di mana? Adakah dia secondary character atau 3rd or simply stock character (yang adakalanya orang kata tak ada pun tak apa sebab membazir ruang kerana watak tak dikembangkan.).
Antagonis dalam filem ini ialah Kaecilius, yes. Tapi dia kat mana? Sama macam watak utama yang mana weight-nya sama berat dengan protagonis sampai protagonis tenggelam (Joker dalam The Dark Knight)? Saya tak rasa begitu. Dia cuma watak secondary yang ada isu dengan Ancient One yang juga watak secondary. Focus filem awal ke akhir tetap lah si Strange. Dia lawan diri sendiri.
Dan saya nampak premis filem ini yang agak menarik. Hero sebelum ni lawan pakai bertumbuk. Dalam Doctor Strange, it's more on jampi and mind games. Endingnya perfect. Dan saya faham nature sebuah filem origin. Plotnya standard. Ianya tak adil sebab Iron Man, Ant Man, Batman Begins, Spider-Man, Deadpool dah keluar dulu. What if Doctor Stranger guna kuasa pusingan masa dia dan filem Doctor Strange yang keluar dulu instead of Iron Man, agaknya apalah nilai filem superhero lain yang terdahulu? Adakah masih diangkat tinggi? Sebab tu saya hargai filem ini. Saya nampak apa yang berbeza, thematically.
Dan Doctor Strange ialah sebuah tribute yang manis buat pereka wataknya, Stephen J. "Steve" Ditko, yang kadangkala kita tak nampak kontribusinya yang boleh tahan besar dalam pembentukan universe Marvel kerana dibayangi oleh Stan Lee.
8 out of 10
* Terima kasih buat Walt Disney Malaysia untuk preview media di dewan IMAX, TGV 1Utama. Doctor Strange akan mula ditayangkan di Malaysia mulai 27 Oktober 2016.
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 27 Oktober 2016
Genre: Superhero / Pengembaraan / Fantasi
Durasi: 1 Jam 55 Minit
Pengedar: Walt Disney Pictures
Pelakon: Benedict Cumberbatch, Chiwetel Ejiofor, Rachel McAdams, Michael Stuhlbarg, Mads Mikkelsen, Tilda Swinton
Lakonlayar: Scott Derrickson, C. Robert Cargill
Cerita: Jon Spaihts, Scott Derrickson, C. Robert Cargill, berdasarkan watak komik Doctor Strange rekaan Steve Ditko
Pengarah: Scott Derrickson
No comments:
Post a Comment