Followers

Thursday, November 05, 2015

KOMIK KON MALAYSIA : PENGHORMATAN KEPADA INDUSTRI KREATIF TEMPATAN

Konvensyen Komik / Persidangan Komik atau ringkasnya dipanggil Komik Kon punya sejarah panjang sejak pertama kali diwujudkan sejak Golden State Comic Book Convention di San Diego pada tahun 1970 oleh sekumpulan 'fanboys' yang kemudian hari ni lebih dikenali sebagai San Diego Comic-Con (SDCC) atau Comic-Con sahaja, iaitu persidangan komik dan hiburan pelbagai genre yang dianjurkan secara tahunan. Dari namanya sendiri, Komik Kon menjadi medan pameran untuk perihal berkaitan komik, dikembangkan ke sci fi dan fantasi melalui filem, televisyen, dan seni popular yang berkaitan, dan pada hari ini terus berkembang dengan meraikan seni pop yang lain termasuklah aliran seram, animasi, anime, manga, permainan, kad, video game,komik web dan novel fantasi.

Bertitik tolak pada perkembangan budaya pop, fiksyen / fantasi dan industri kreatif tempatan secara am, beberapa individu yang merupakan fanboys tegar telah menubuhkan Komik Kon (M) Sdn Bhd dan cuba mengangkat jenama tempatan ini melalui Komik Kon Malaysia yang julung-julung kalinya bakal diadakan selama tiga hari berturut-turut pada 13, 14 dan 15 November 2015 di MAEPS, Serdang dari 10 pagi hingga 8 malam. Pas masuk ke karnival boleh dibeli di outlet yang terlibat melalui laman web www.ticketpro.com.my atau di pintu masuk lokasi pada ketiga-tiga hari acara, iaitu pada kadar RM35 - Dewasa (pas harian), RM78 (pas 3 hari), RM30 - Pelajar / Senior dan RM10 untuk Kanak-kanak.

Pelbagai aktiviti yang bakal diatur seperti pertandingan Cosplay, persembahan penari-penari Adiwira, persembahan aksi Lightsaber, pameran seni prop filem, jualan koleksi mainan, figurin, aksesori, komik, dan juga cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik. Trak-trak makanan di sekitar tapak karnival juga turut menjual makanan buat pengunjung.

Antara nama-nama yang bakal memeriahkan Komik Kon Malaysia ialah dari team animasi Cingkus Blues, Boboiboy, Keluang Man, Animax, Tramsmy, N- Worldgo, Mylug, Legion of Armies, Funko Pop, Planet Cybertron, 501st Legion Malaysia,  Aldio & RK Designs, Malaysia Prowrestling (MYPW) dan ramai lagi.

Layari www.komikkonmalaysia.com atau www.facebook.com/komikkonmalaysia selain Twitter @komikkon dan Instagram @ komikkonmalaysia untuk maklumat lanjut berkenaan Komik Kon Malaysia. 

* foto-foto sekitar sidang media KOMIK KON MALAYSIA di Maeps, Serdang pada 29 Oktober lalu.

3 comments:

Matkomik said...

Wah! malaysia ada comic-con, kena pergi ni.. ^^

Azie Jijah said...

Salam..Malaysia Ada jual comic perawan sungai nil x ke...

Azie Jijah said...

Ada jual buku komik ( Daughter of the Nile) x ke..

Related Posts with Thumbnails