Followers

Thursday, November 05, 2015

Sidang Media Anugerah Skrin 2015

30 September lalu di Ballroom Taming Sari 1 dan 2, Hotel The Royale Chulan Kuala Lumpur telah berlangsungnya sidang media Anugerah Skrin 2015 (ASK2015) di mana 31 kategori bakal dipertandingkan. Diacarakan oleh Fizie HotFM, majlis dimulakan dengan persembahan oleh Sarah Mentor Legend, diikuti pelancaran oleh Yang Berusaha Cik Sherina Nordin, Pengurus Besar Kumpulan, Pengurusan Jenama & Rancangan TV3 & TV9 dan Yang Berbahagia Datin Lyanaz Hassan, Pengasas Lyanaz Beauty Care.

ASK2015 yang bakal diadakan pada 8 November 2015 jam 9 malam di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) akan diacarakan oleh dua figura popular, Awie dan Fara Fauzana manakala acara karpet merah dikendalikan oleh Hunny Madu, Muadz dan Ain Edruce. Siaran langsung mulai acara acara karpet merah ini boleh ditonton pada jam 7:45 malam secara global di atas talian di laman web rasmi www.anugerahskrin.com. TV9 juga turut menayangkan lintas langsung karpet merah melalui program Hip TV dari jam 8:30 hingga 9 malam.

Artis dan dramatis yang bakal membuat persembahan termasuklah Datin Alyah, Amir Jahari, Izzue Islam, Ayda Jebat, Azmil Mentor Legend, Sarah Mentor Legend, Asmidar, Ungku Ismail Aziz, Zahiril Adzim, Marsha Londoh dan Toi manakala penyampai anugerah ialah Fazura, Maya Karin, Eirma Fatima, Que Haidar, Hans Isaac, Faizal Hussein, Izreen Azminda, Nadiya Nissa, Sharifah Amani dan ramai lagi.

Drama yang layak bertanding ialah Ada Sejadah Panjang Terbentang, Cahaya Cinta,  Cahaya Malaika, Dari Pintu Neraka, Hak, Jalan Taubat, Kereta Kita, Kerana Seorang Ammar, Lorong Kecil Ke Syurga, Penyabong, Pulangnya Tok Misai, Sebentuk Kunci Sedetik Cinta, Seligar, Sujudku Ibuku, Sinar Ya Rob dan Talak.

Bagj kategori drama rantaian, calon-calonnya termasuklah Angin Syurga, Astana Cinta Aleesa, Cinta Ilahi, Hidayahmu Ramadan, Mukhlis, Puteri Gunung Ledang, Tabuh Merdeka dan Zahira. Kategori drama rantaian komedi pula menerima pencalonan seperti Asam Pedas Untuk Dia, Menantu Mak Uteh dan Rubber Band manakala kategori filem ialah Mat Tudung, Adnan Sempit Sawadikap, Mamak Cupcake, Lagenda Budak Setan 3 - Kasyah, Nasi Tangas, Amir & Lokman Pergi Kelaut, Dollah Superstar, Dendam Orang Mati, Anak Jantan,Kelibat, Lelaki Harapan Dunia, Gila Baby, Manisnya Cinta Di Cappadocia, Ophilia, Terbaik Dari Langit, Villa Nabila, Suamiku  Encik Perfect 10, Puaka Balai Gombak, Jalan Puncak Alam, Cicakman 3, Isyarat Cinta, Jengka, Hantu Bungkus Ikat Tepi, Pilot Cafe dan Suamiku Ustaz.

Anugerah Drama Bersiri Terbaik di Laman Sosial yang diperkenalkan pada tahun lepas kini dikenali sebagai Anugerah Drama Rantaian Popular Media Sosila. ASK 2015 menyaksikan Rindu Awak 200%, Setitis Kasih Darmia dan Tentang Hati tercalon dalam kategori ini. Uniknya, pemenang bagi kategori ini bakal ditentukan oleh jumlah undian orang ramai di laman Twitter & Instagram dari 5 Oktober - 5 November 2015. Untuk mengundi, anda perlu letak hashtag drama pilihananda iaitu #RinduAwak200Peratus,#SetitisKasihDarmia atau #TentangHatibeserta dengan #ASK2015. Akaun Twitter atau Instagram anda perlu ditetapkan untuk tatapan umum untuk proses pengiraan undi.

Layari laman web www.tv3.com.my dan www.anugerahskrin.com serta Facebook, Twitter & Instagram @TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini. Hangatkan lagi perbualan di laman sosial dengan hashtag #ask2015.

No comments:

Related Posts with Thumbnails