Followers

Wednesday, July 01, 2015

Ulasan filem: POLTERGEIST (2015)

Filem remake akan sentiasa ada ya dan tidak. Ya, buat mereka yang tidak pernah menonton filem asalnya, atau filem asalnya memang hancur dan perlu dibaikpulih dengan remake, seperti Dredd, atau jika ia membuka lembaran baru dan tak berlaku banyak pengulangan, atau kemaskini terhadap perkara yang tidak dapat dibuat pada filem asalnya, kerana aspek-aspek teknikal. Tidak jika anda pernah menonton fiem asalnya dan pada anda filem asalnya telah pun cukup baik. Selagi ia tidak rosak, jangan betulkan. Contoh tepat boleh dilihat pada Carrie.

Poltergeist terlebih dahulu telah ada sejarah sebagai filem seram yang klasik, memberi kesan kepada penonton kerana kesan khas praktikal di era 80'an yang benar-benar menghantui penontonnya. Yang baru pula tak mengubah banyak perkara melainkan dulu ianya  hantu TV CRT analog, Sekarang poltergeist in ultra high definition, ultra HD resolution...and High Frame Rate. Dan smartphone (jangan lupa, anak dara yang cukup 'whiny' kalau ayahnya tak belikan smartphone baru). Dan budak lelaki dengan drone sebagai mainan barunya. Dan Jared Harris. Jared Harris ni bukan benda baru tapi dia dah banyak kali mainkan watak yang lebih kurang serupa, gaya lawak pun serupa. Tengok filem A Quiet Ones. Dan CGI dan lebih banyak CGI.

Poltergeist cuma tinggalkan ruang buat Sam Rockwell, walaupun baik lakonannya sebagai ayah yang loser, masih tidak dapat menutup hakikatnya yang Poltergeist ialah remake yang tidak perlu kerana yang asalnya sudah cukup baik.

'Remake' yang bagus sebenarnya ialah yang cukup halus seperti The Conjuring, bukan Poltergeist. The Conjuring sebuah filem yang kita anggap baru tetapi sebenarnya berakar pada filem seram klasik seperti The Exorcist sebagai satu tribute, kerana sebab itu ia berjaya.

Jika dipecahkan kepada dua audien, Poltergeist boleh diberi rating:
6 out of 10 - bagi yang tak pernah menonton Poltergeist
4.5 (atau lebih rendah) out of 10 - bagi yang hidup dengan filem Poltergeist tahun 1982



Plot: Kehidupan sebuah keluarga berubah setelah kediaman mereka telah didatangi oleh roh jahat. Keadaan semakin meruncing apabila semangat jahat ini telah mengambil anak perempuan bongsu mereka dan keluarga ini harus bekerjasama untuk menyelamatkan anak kesayangan mereka kembali.

Arahan: Gil Kenan
Penerbit: Roy Lee, Sam Raimi, Robert G. Tapert
Lakonlayar: David Lindsay-Abaire
Lakonan: Sam Rockwell, Jared Harris, Rosemarie DeWitt  Saxon Sharbino, Kyle Catlett, Kennedi Clements, Nicholas Braun, Jane Adams
Muzik: Marc Streitenfeld
Sinematografi: Javier Aguirresarobe
Suntingan: Jeff Betancourt
Terbitan Ghost House
Edaran: 20th Century Fox Malaysia
Tarikh tayang: 18 Jun 2015

1 comment:

eddeved said...

aku suka tang dia masuk dalam tesseract tu memang real...dimensi kau macam sebelah rumah aje...kalau aku, aku bagi 10/10 sebab aku minat Sam Raimi...katanya dia nak remake Xena The Warrior Princess...ha ha!

Related Posts with Thumbnails