Followers

Wednesday, July 01, 2015

Ulasan filem: TERMINATOR GENISYS

"Right. Only there's one thing you didn't think of. Only the winners can go back and set things up. And that's gonna be us. We set up the key, and we set up the gun." - Bill S. Preston, Esquire

'Soft reboot' ialah lame excuse untuk menghasilkan filem Terminator yang baru buat penonton baru, dari pembikin yang tidak mendengar keluhan peminat filem asalnya.

Terminator 2: Judgement Day sebenarnya ialah reboot kepada Terminator tahun 1984 dan harus sebegitu, habisnya juga sebegitu kerana di fikiran James Cameron, T-1000 takkan pernah dapat direalisasikan dengan teknik filem tahun 1984. T2 ialah sejarah apabila meraikan Adobe Photoshop yang masih tak bernama. Apa yang berlaku selepas itu ialah kitaran semula sci-fi yang dipengaruhi oleh T2. Sejak itu segala sci-fi dah terikut T2, paling crucial ialah CGI yang mula menggantikan efek praktikal. Malah filem susulan Terminator: Rise of the Machines memang tak perlu pun. Kecuali Terminator: Salvation. Saya mahu menyukai filem itu kerana ia membuka lembaran baru dan ia bukan lagi filem 'Soldier From Tomorrow' mengikut kitab Harlan Elisson, yakni Harlan tak perlu lagi nak suck on James Cameron' s ass.

T5 a.k.a Terminator Genisys seharusnya jadi filem susulan Salvation. Malangnya ia mahu berpatah semula kepada dua filem Terminator, mengenang nostalgia Arnold Schwarzenegger sebagai Terminator, kini sebagai Guardian, robot endoskeleton entah versi ke berapa yang dihantar ke tahun 1973 menjaga Sarah Connor lakonan Emilia Clarke, yang mengubah sejarah Sarah Connor di mana di alternate timeline kita menerima Sarah Connor versi whiny teenager yang cute. T5 bukan saja buat anda masuk air malah cacar air sekali dengan twist merapunya. Ini kelakar. Kelakar sebab saya takkan pernah ambil serius sepanjang menonton T5. Macam menonton one liner dari Arnie. Hampir saja ia menjadi klasik segera.

T5 sangat bahaya sebab mencampur adukkan T1 dan T2, mengisarkan ia seperti pengisar Pensonic. Di dalamnya ada T-1000 versi Korea yang sangat membazir, sebab aksi thriller dikejar Robert Patrick dengan tangan poli aloi tajam sukar ditandingi. Bas sekolah terlingkup. Dalam filem mana lagi yang tak ada kenderaan terlingkup (yang membuatkan lori terlingkup dalam T3 lebih dihargai). Paling crucial ialah John Connor yang terkantoi awal bila dihantar ke tahun 2017. John Connor akan sentiasa jadi askar, tapi takkan pernah jadi saintis roket dua tahun dari sekarang. Penulisan ini agak bodoh untuk Genisys.

Dan kini Terminator, Kyle Reese dan Sarah Connor dan filem Terminator dah tak ada halatuju, hanya kerana studio mahu menyelamatkan sebuah francais. Jika tiada John Connor, siapa yang menghantar kuncinya? Dan ia buat filem time travel Bill & Ted's Bogus Journey pun dah taraf T2.

5 out of 10, mungkin lebih rendah. Tapi Arnie memang klasik. Kalau di mata ayah saya, ia akan dapat 8 ke atas, out of 10. Beat me. Bite me. Whatever.

Pengarah: Alan Taylor
Lakonlayar: Laeta Kalogridis, Patrick Lussier, berdasarkan watak ciptaan James Cameron, Gale Anne Hurd
Pelakon: Arnold Schwarzenegger, Jason Clarke, Emilia Clarke, Jai Courtney, Lee Byung-hun, J. K. Simmons
Muzik: Lorne Balfe
Sinenatografi: Kramer Morgenthau
Suntingan: Roger Barton
Studio produksi: Skydance Productions
Pengedar: Paramount Pictures, United International Pictures Malaysia
Tarikh tayang: 2 Julai 2015

..........................................

No comments:

Related Posts with Thumbnails