YKS Film Maker Sdn Bhd dengan bangganya mengumumkan bahawa filem “Gangsterock” yang dimulakan penggambarannya pada 11 Januari 2014 akan mula ditayangkan pada 17 Julai, 2015, mengisi tayangan pawagam di hari raya. Filem aksi muzikal komedi yang menelan belanja sebanyak RM1.5 juta ini, dikonsepsikan,ditulis, diskrip dan diarah oleh pelakon berpengalaman dan berkaliber Soffi Jikan, yang juga memegang watak utama dalam filem ini. Ditampilkan bersama Soffi, adalah ramai pelakon-pelakon popular seperti Khir Rahman, Izara Aishah, Saiful Apek dan Sharifah Amani yang memegang watak-watak penting dalam filem cereka ini.
Gangsterock yang diterbitkan bersama SKT Media & Entertainment Sdn Bhd dan 1 Man Film menggambarkan cerita Shake (Soffi), seorang pemuzik rock yang ingin menyatukan semua rockers di Kuala Lumpur untuk mengatasi cabaran daripada gangster yang menggunakan cetak rompak dan kekerasan untuk menghapuskan tentangan daripada rockers.
Walaupun Gangsterock adalah filem cereka pertama baginya, Soffi pernah mengarahkan beberapa filem pendek dan telemovie sebelum ini. YKS Film Maker Sdn Bhd telahpun ditubuhkan selama lima tahun, dan telah menerbitkan pelbagai program televisyen. Ia adalah kerjasama dua personaliti dalam industri hiburan iaitu pengarah drama dan filem Yusof Kelana dan pelakon / pengacara Serina Datuk Redzuawan. Mereka bersama membangunkan YKS Film Maker Sdn Bhd dengan berkongsi modal serta pengalaman dengan harapan untuk memeriahkan lagi industri perfileman negara. Meskipun ketika ini bilangan filem cereka tempatan yang memasuki pawagam semakin bertambah tetapi YKS Film Maker Sdn Bhd tetap yakin dengan masa depan pasaran industri filem kita dalam menghadapi persaingan yang sengit.
Keyakinan ini berasaskan semangat mereka untuk menerbitkan filem sendiri dan menyerahkan kepada para penonton untuk menilai dan memberi sokongan. YKS Film Maker Sdn Bhd cuba memberi satu kelainan dalam genre filem tempatan supaya filem Melayu terus mendapat perhatian dan pengikutnya di negara sendiri. Serina Datuk Redzuawan dan Soffi Jikan adalah penerbit eksekutif filem Gangsterock yang sangat dinanti-nantikan ini, manakala Dato’ Sri Gavin Tee adalah penerbit bersekutunya. Antara penaja rasmi Gangsterock ialah King of Rims dan Hotel De Art. Disamping itu pelancaran filem Gangsterock, album OST berjudul “Gangsterock –Kasi Sengaat” yang menampilkan lagu tema “Gangsterock Style” yang dinyanyikan oleh Soffi Jikan sendiri akan turut dilancarkan. Album ini juga memuatkan beberapa buah lagu baru dari Edrie Hashim.Sila layari https://www.facebook.com/MyRexFilm untuk maklumat lanjut.
Sinopsis: Shake ( Soffi Jikan ) mencuba nasib menjadi bintang rock di KL. Dia bertemu dengan Bromo ( Apek ) yang mahu membantunya. Namun gangster di KL menguasai ekonomi menggunakan cetak rompak dan kekerasan untuk menghapuskan saki baki penentangan di kalangan rockers. Hanya dengan semangat rockers sejati, bersatu menentang kezaliman, menjadi jalan keluar. Mampukah rockers bersatu?
Trailer:
Dibintangi SOFFI JIKAN, SAIFUL APEK, IZZARA AISHAH, SHARIFAH AMANI, KHIR RAHMAN, AQASHA , HARUN SALIM BACHIK, NAMRON, SYAFIE NASWIP dan Z ZAMRIE. Penampilan Khas: FAUZIAH NAWI, CHEF WAN, MR OS, WAN HANAFI SU, MON RYANTI, KAMAROOL HJ YUSOF, SANI SUDIN KOPRATASA, ITO BLUES GANG, LOMAK KRIS, BENJI, ZAITON SAMEON.
Penerbit Eksekutif: Serina Datuk Redzuawan & Soffi Jikan
Penerbit & Penasihat Produksi: Yusof Kelana
Penerbit Bersekutu: Dato’ Sri Gavin Tee
Gambar sekitar Sidang Media Gangsterock pada 24 Jun 2015 lalu di pejabat SKT Entertainment & Media, bersama penerbit Serina dan pengarah Soffi Jikan.
No comments:
Post a Comment