Followers

Thursday, June 25, 2015

Ulasan filem: THE WEDDING RINGER

Doug Harris dalam persiapan akhir majlis perkahwinannya. Semuanya ok, keluarga pasangannya telah menerima dirinya sebagai anggota baru keluarga mereka kecuali seperkara: Doug bukanlah dalam liga yang sama dengan pasangannya. Hal peribadinya dirahsiakan. Yang sebenarnya, Doug ialah seorang nerd yang tiada kawan, apatah lagi kawan rapat yang bakal menjadi pengapitnya nanti. Kalau nak diikutkan, dia pun tak ada chemistry dengan pasangan. Perkahwinan itu satu impian buat semua tetapi melalui watak Doug, kita tak tahu kenapa dia perlu kahwin. Ada sebab semua orang kahwin maka dia perlu ikut?

Dari sinilah datangnya Best Man Inc, yang memberikan khidmat pengapit bagi bakal pengantin yang tiada kawan atau yang tidak bersosial. Pentingkah seorang pengapit? Pengapit di kalangan rakan karib menjadi mata dan telinga buat keluarga mertua yang seolah-olah memberi laporan kepada mereka akan diri anda. Best Man Inc yang dikendalikan oleh Jimmy Callahan (lakonan Kevin Hart) sebenarnya ialah pasukan yang handal. Jimmy mengumpulkan mereka yang memang total loser tapi tampak meyakinkan dalam menjalankan kerja mereka, tetapi masalah sebenarnya timbul kerana Doug tak pandai menyembunyikan rahsia kerana gelabahnya, dan dia juga yang membuat kerja Best Man Inc terkantoi. Josh Gad sebenarnya melalui TWR banyak menjelmakan kembali gaya persembahan Jonah Hill di awal kemunculannya (anda boleh cuba Accepted), sebagai loser dan kadang-kala bahaya juga  sebab bila nampak macam carbon copy si Jonah Hill,  boleh melantunkan 'fat jokes' dek kerana fizikalnya dan segala klise mula berulang. Lawak vulgar dan huru-hara dalam menjalankan kegiatan Best Man Inc dalam memastikan rahsia terkunci rapi ialah modal untuk menarik penonton walaupun tak memorable sangat kerana ada lawaknya yang diulang kitar. Kalau saya rindukan Olivia Thirlby, saya boleh bukak balik DVD Dredd lakonannya atau buka Instragramnya tengok klip pendek kerana TWR tak mengembangkan waktu layar dan wataknya sangat. Tapi, ia masih filem untuk anda yang tak fikir atau malas nak fikir yang berat-berat macam art movie lepas pulang dari kerja (ini produser filem yang cakap, bukan saya).

Klasifikasi: 18
Genre: Komedi
Tarikh Tayangan: 29 Januari 2015
Pengedar: SONY PICTURES RELEASING INTERNATIONAL
Pengarah: Jeremy Garelick
Pelakon: Kevin Hart, Josh Gad, Olivia Thirlby, Kaley Cuoco, Alan Ritchson

No comments:

Related Posts with Thumbnails