Followers

Monday, June 01, 2015

Ulasan filem : THE PLACE BEYOND THE PINES

Rupa-rupanya Mike Patton (Faith No More) boleh compose score yang haunting dan touching lepas tengok filem ni. Bila tengok balik nama director filem ni, Derek Cianfrance, saya jadi tertarik dengan pilihan komposer yang dipilihnya (macam band Grizzly Bear untuk filem Blue Valentine). Saya tunggu filem Derek Cianfrance yang seterusnya yang bertajuk Metalhead (jangan keliru dengan sebuah lagi filem Metalhead dari Iceland). Pertama, sebab cerita dia pasal drummer band metal yang jadi pekak telinganya. Keduanya, band sludge, Jucifer yang akan buat muziknya. Ketiga, band Jucifer sendiri yang bawak watak band metal dalam filem tu! Bunyinya macam komedi since Derek sekarang dah branch into television comedy, tapi bila dia tulis ".. a drama centering on a drummer suffering from hearing loss and learning the meaning of silence..." this could be a real poignant movie about a metal drummer...

--------------------

Cianfrance bekerjasama dengan pelakon utama Ryan Gosling di filem ini untuk kali kedua. Cerita multi-generasi ini berkisahkan seorang penunggang motosikal lagak ngeri (Gosling) yang ingin merompak sebuah bank. Tujuannya ialah menyara anak yang baru dilahirkan. Tindakannya akan mengakibatkan satu pertembungan dengan seorang polis yang bertukar menjadi ahli politik (Bradley Cooper).

Klasifikasi: 18
Genre: Drama / Jenayah
Tarikh Tayangan: 1 Ogos 2013
Pengedar: GSC MOVIES
Pengarah: Derek Cianfrance
Pelakon: Ryan Gosling, Bradley Cooper, Rose Byrne, Eva Mendes, Dane DeHaan

No comments:

Related Posts with Thumbnails