Komen pasal rambut Leonardo Da Vinci yang macam potongan GQ zaman sekarang dalam siri tv baru bawah Fox ni samalah macam komen filem K-19: The Widowmaker yang tak cakap bahasa Russia. Itu belum lagi yang dalam Youtube tu sibuk berspekulasi pasal Leonardo ni seorang gay. Tapi, nak jadi cerita, David S Goyer (penulis siri trilogi filem Dark Knight, akan datang filem Man of Steel dan dulu tulis filem, ehem,... Kickboxer 2) perlukan seorang McGuyver di era Renaissance supaya produksi siri tv ini boleh dibawa ke Romania sesuai dengan bajetnya, eh, bukan, di Wales. Jadi, tak ada orang lain dah yang sesuai selain Da Vinci. Saya cuba kaitkan cerita Leonardo sebagai seorang artis visual dengan kisah hidup sendiri tapi Goyer punya visi yang lain.... Dia nak Da Vinci berlawan pedang, bermandi darah, meletup-letup, bercinta sikit-sikit dan berelemen mistik sikit dengan penuh pengembaraan sebab itu yang audiens suka.
David S Goyer memang saya tahu dekat dengan figura seorang pembikin filem yang memang seorang fanboy tegar selain Joss Whedon kerana amat memahami sifat watak dan cerita dalam dunia buku komik (sebelum Joss Whedon lagi, Goyer lah yang bertanggungjawab menjadikan David Hasselhoff sebagai Agen Nick Fury versi kulit putih untuk telefilem Nick Fury: Agent of Shield yang ramai tak tahu kewujudannya sekarang...). Yang bagusnya bila orang dari dunia komik ini mula banyak projek filem dan televisyen, dibawa rakan-rakannya dari dunia komik untuk tumpang sekaki macam kes Jonathan Hickman dan Matt Fraction join Goyer dalam team Da Vinci's Demon musim depan. Saya kenal kerja Jonathan Hickman sebab sekali pergi ke Borders, nampak buku The Nightly News yang muka depannya membayangkan 'style over substance' (saya senang tertarik dengan benda-benda camni. Salahkan Jim Steranko). Style sangat kecuali di muka belakang dia menerima banyak pujian kerana penceritaan yang baik oleh Hickman dengan The Nightly News menjadi 'breakout indie comic' buat Hickman. Bahasa visual Hickman agak grafik dan edgy sampai susah nak faham ceritanya sehinggalah anda membaca teksnya, tak mengikut gaya penceritaan buku komik yang tradisional walaupun Hickman ada menyebut bahasa grafik di dalam The Nightly News itu tak ubah seperti iklan Target lima tahun yang sebelumnya dan sampai masa untuk artis komik sepertinya menggunakan pendekatan ini supaya dapat menarik mereka yang bukan peminat komik dengan rekaannya seperti sebuah novel fiskyen. Hickman banyak mengingatkan saya pada zaman-zaman saya suka melepak di perpustakaan universiti menunggu keluaran terbaru majalah .net dari UK yang banyak menampilkan senireka laman web yang terkini dengan banyak ilustrasi vektornya walaupun saya masih melukis pakai tangan dan imbas lukisan ke komputer.
Matt Fraction pula ialah penulis yang pernah terima anugerah Eisner untuk komik The Invincible Iron Man pada tahun 2009. Saya tak rasa Fraction ada quality control pada seni visual komik tulisannya, itu sebenarnya di atas tangan penerbit dan artis yang diupah tapi komik Iron Man tulisan Fraction pernah diberi major uplifting pada kulit depannya sampai ada satu isu komik ini sold out (nak boleh jual komik bercetak sampai habis zaman digital ni susah sebenarnya tapi Fraction dapat manfaat sebab status supertar Tony Stark sekarang ni...). Kena bagi kredit juga pada Rian Hughes sebab pop appeal-nya pada muka depan The Invincible Iron Man – Stark: Disassembled ni.
Tahun 2006 hingga 2008, Fraction pernah menghasilkan komik yang bernama Casanova ini bersama team Gabriel Bá dan Fábio Moon (team yang sama buat novel grafik The Umbrella Academy bersama Gerard Way dari band My Chemical Romance). Bahasa grafiknya taklah tinggi sangat, standard saja dengan konsep komik Image pada masa tu dengan harga yang tak menekan (USD$1.99 sebab dibuat dalam 16 mukasurat, mungkin hampir tak ada iklan)... Tapi tengok kulit depannya, ada ssesiapa yang boleh bagitau saya mereka teringatkan komik Frank Miller, Sin City (kecuali Casanova ni terlebih warna)
Satu lagi, orang kat GSC Movies dah hantar list filem dan trailer, update bagi tahun 2013. Red 2, sekuel bagi filem Red (adaptasi dari novel grafik RED tulisan Warren Ellis walaupun menurut Ellis filemnya jadi berbeza dari novel grafik asal tulisannya kerana Red f\versi filem dah jadi semacam komedi) bakal rilis Julai ini. Masalahnya, filem pertamanya saya tak tengok lagi. Lambat...
Entertainment Weekly dah kemaskini gambar ni dari filem Through The Never. Jangan tanya saya bila tayang (kat sinilah maknanya...), saya sendiri pun tak tahu siapa distributornya.
And lastly, Rabu ini filem yang bakal ditonton ialah The Great Gatsby, filem baru arahan Baz Luhrmann. Kita nak tengok filem ni sebab F. Scott Fitzgerald tanpa saya menyedari saya ada masalah juga dengan filem Baz Luhrmann kecuali kalau saya tak kisah langsung dengan style over substance macam berlambak buku komik yang saya beli sebab sukakan artworknya. Movie partner saya pula nak tengok filem ni sebab nak tengok baju apalah yang Carey Mulligan dan Isla Fisher gayakan yang dia boleh adapt ke dunia realiti sekarang, di Kuala Lumpur ( yang saya kata 'macam mustahil...'). Perempuan....
Oh yes, filem ni ada Leonardo DiCaprio. Kau kena ambik mamat Leornardo tu berlakon sebab kau pernah gunakan dia dalam filem Romeo + Juliet. There is no way kau tak pakai Leornardo...
p/s: The Great Gatsby teruk kena bahan kat Rotten Tomatoes...
p/p/s: Filem The Great Gatsby pakai lagu Jay-Z. Kena tahan sikit telinga... Ada juga lagu Lana Del Rey. Banyak juga 'ajaran sesat' si Lana ni pada wanita abad ke 21 yang dicurahkan melalui lagu-lagunya yang buat saya rasa macam... heck.
2 comments:
Ini merupakan kali kedua si Leonardo Di Caprio bekerjasama dgn Baz Luhrman selepas Romeo n Juliet, tapi aku rasa the 2nd time ni nampak mcm x kena berdasarkan trailer The Great Gatsby yg aku tengok, entahlah mgkn masih terlalu awal utk judge sebab aku masih belum tgk lagi filem ni haha
aku nak kata Baz Luhrman ni syok sendiri dah memang pun. karya macam Great Gatsby ni memang dah melekat dalam jiwa orang Amerika tentang modenisasi dan pembentukan bandar NY, pasal era 1920'an lagi, kena ada accuracy, tapi Baz ni main suka ketiak dia letak lagu Jay-Z (itu baru bab lagu). dia ni bukan Tarantino. orang dah kritik filem dia ni sebagai 'gaya je lebih'. buat Great Gatsby bukan macam dia buat Romeo + Juliet dulu tu. Leonardo nak berlakon pun sebab nak tolong kawan, aku rasa lah...
Post a Comment