Followers

Friday, May 31, 2013

[Gig of the week] This Will Destroy You live in Kuala Lumpur, 2 June 2013 dan seni poster yang tak berlaku


Dalam entry ini beberapa bulan lepas, saya telah menulis kedatangan band This Will Destroy You ke Malaysia buat kali pertama untuk persembahan di Bentley Music Auditorium pada 5 Mac 2013 tapi tarikh ini terpaksa ditunda ke tarikh yang tidak dapat dipastikan (barangkali pertukaran pengurusan band) yang turut membuatkan seluruh jadual tour rantau Asia mereka juga turut diubah. Setelah kedatangan band Godspeed You! Black Emperor yang sememangnya maharaja bagi muzik dalam pengkategorian post rock ini ke Kuala Lumpur sebulan yang lalu hampir membuatkan ramai yang hampir terlupa tentang TWDY, mereka mengatur semula jadual mereka. 

Cerita lain pula, Mak Wai Ho dengan pihak Soundscape Records sebelum penundaan konsert TWDY sebenarnya telah mengadakan satu cabaran yang agak menarik juga, iaitu menghasilkan seni poster atau flyer untuk konsert TWDY di Bentley ini. Dalam 5 tak silap saya yang dipilih di mana seni poster mereka akan dicetak walaupun hanya satu saja yang menjadi poster akhir, dan ia akan mendapat cap mohor dari anggota-anggota TWDY sendiri iaitu tandatangan mereka dan sebagai bonus, yang terpilih turut menerima pas menonton konsert secara percuma. Tentang pas menonton tu saya tak kisah sangat sebab saya boleh usahakan (selalunyalah...) tapi menghasilkan seni poster untuk konsert band ni sebenarnya agak jarang-jarang juga. Seni poster agak menarik perhatian saya sebab jika di sebelah barat, seni poster agak prominen buat band kerana ia melambangkan bahasa visual sesebuah band atau artis rakaman yang mengadakan konsert atau gig. Artis visual yang diupah pula secara tak langsung terlibat sebagai sebahagian daripada tenaga produksi sebuah konsert atau band. Kesannya sama juga seperti artis yang menghasilkan kulit album atau pengarah yang mengarah video muzik band dan artis, atau artis yang menghasilkan seni t-shirt. Seni ini pula bukan sekadar mengambil gambar yang sedia ada dan kemudian diPhotoshop atau diAdobeInDesignkan pada kanvas kosong tetapi menghasilkan seni baru yang bersumber dari band itu sendiri dan adakalanya seni ini berakhir sebagai seni visual rasmi untuk band jika anda bertuah dan nama anda dikreditkan dalam buku sejarah band ini. Di Amerika, seni poster ini jadi serius sehingga ada laman web seperti Gigposters yang menjadi arkib bagi segala seni poster konsert yang pernah wujud, kebanyakannya dari band yang telahpun punya nama dan bertapak lama, major label ataupun indie dan seni poster pula dihasilkan oleh artis yang ternama sehinggalah kepada yang tak ternama dan takde nama macam yang benar (pernah hantar ke laman web berkenaan untuk seni poster konsert My Chemical Romance masa mereka ke Malaysia pada tahun 2007 walaupun bukan poster rasmi tapi tak adalah nak jadi macam poster komersil yang biasa bagi konsert-konsert di Malaysia ini dengan logo penaja adakalanya boleh jadi sama besar dengan nama artis yang buat persembahan sampai nilai estetika seni poster konsert tu dah tak ada dah..) Kemudian ada laman web seperti Creative Allies dengan tagline "Create Art For Rockstars" yang cuba mencungkil bakat artis bebas secara online supaya seni mereka dapat dijadikan satu karier. Ianya seperti satu pertandingan dengan seni yang terbaik akan dipilih mewakili persembahan visual sesebuah band.. Biarpun seni anda tidak dibayar dengan jumlah yang besar sebagaimana artis yang profesional yang dah ada tapak (kalau ikut rate Malaysia ni bolehlah tahan cuma tak ada royalti je) tetapi Creative Allies boleh dijadikan tapak permulaan bagi artis visual dari serata dunia untuk dikenali dan lebih mengasyikkan bila kita dapat menghasilkan seni poster untuk band kegemaran kita.

My point is, saya ni busy sangat sejak akhir-akhir ini dan ingin sangat punya kesempatan untuk terlibat dengan banyak projek seni berkait dengan seni poster konsert ini selepas lihat banyak tawaran menarik di dalam Creative Allies yang tak tak putus-putus (sebab seni poster ini dah jadi satu budaya, diangkat seperti juga seni visual yang lain yang tinggi nilainya). 

Bila Mak Wai Ho buka peluang ini, saya kira ini ruang saya untuk fine tuning semula. Seni poster TWDY di atas itu kerja seni saya selepas bertahun tak buat seni poster dan saya kira banyak perkara yang perlu saya pertajamkan lagi tapi ini permulaan yang baik saya kira. Mulanya saya ingat ianya terus kekal sebagai seni poster untuk konsert yang tak berlaku sehinggalah Soundscape emelkan saya tadi beritahu penyertaan saya itu dipilih (jika saya tak silap baca akan dicetak, tapi rasanya signed poster tu poster rasmi barangkali) dan akan ditandatangani oleh band TWDY. Bila Soundscape dah emel baru saya sedar yang konsert TWDY sebenarnya dah tak lama lagi, iaitu pada esok: 2 Jun 2013, dan masih lagi di Bentley. 



Pengalaman ini istimewa sedikit. Dan saya suka band doomgaze ini. Itu juga yang lebih penting. Buat poster untuk band anda suka. 



THIS WILL DESTROY YOU LIVE IN KUALA LUMPUR
Sunday, 2 June 2013, 8pm
Venue: Bentley Music Auditorium 4th Floor, Wisma Bentley Music, No.3, Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tickets : RM90 (Advance), RM120 (Door)


1 comment:

Anonymous said...

https://forum.lowyat.net/topic/2832476/+0#entry60747016

Related Posts with Thumbnails