Kat page Windish Agency dah update....
Kat page Constellation Records pun...
Actually berita ni dah keluar 2 minggu dah. Lepas tu Mak dari Soundscape pun ada tease, macam yg saya dah sebut dalam entry ini. Sejak Isnin lepas di laman web Soundscape Records dah kemaskini ruangan event dan pioneer post rock di atas akan berkunjung ke rantau Asia Tenggara yang agak jarang juga sebab selain Malaysia, tiada negara lain berada dalam senarai kunjungan. Mungkin ramai rakan dari Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina akan bertandang ke sini juga.
Mendengar nama ini bakal berkunjung ke sini juga amat besar bagi saya kerana status kedegilan artistik mereka yang bukan sedikit jumlahnya. Dalam 2 tahun lepas, saya ada bersembang dengan seorang rakan yang tinggal di Perancis tentang rancangannya mahu menaiki tren ke UK kerana tak mashu terlepas persembahan Godspeed You! Black Emperor semasa festival I'll Be Your Mirror dengan Portishead sebagai kurator jika saya masih ingat dengan jelas. Saya yang mendengar cerita rakan saya ini pun dah terasa nak beli tiket flight ke UK kerana saya fikir bagi band seperti GY!BE ini, rantau Eropah mungkin yang paling jauh dapat mereka jejaki. Takpun Jepun, dan Australia. Selain itu, mana-mana negara di rantau Pasifik ini pasti akan tertinggal. Dan seperti yang saya pernah tulis di ruangan Mitos Moden untuk majalah ROTTW, terma band untuk unit seperti GY!BE macam tak sesuai kerana mereka sebenarnya lebih besar daripada sebuah band. Operasinya besar. Bayangkan sendiri nama besar seperti Arcade Fire pernah menumpang di satu sudut yang dibuka oleh GY!BE untuk bergerak dengan muzik mereka termasuk meminjamkan anggota, malahan turut juga meminjamkan bentuk muzik walaupun tidak sedalam muzik GY!BE.
Tinggi benar antisipasi dalam membayangkan bagaimana jika kolektif ini telahpun berada di depan mata untuk sebuah persembahan yang mungkin jadi persembahan terbaik pernah saya tonton sepanjang pengalaman menonton muzik live saya. Bucket list saya tak panjang tapi GY!BE ada dalam senarai.
Untuk informasi lanjut seperti dari laman web http://www.soundscape-records.com/?page_id=1317 :
Date: Thursday, 18 April 2013
Time: 8pm
Venue: KL LIVE
*Free standing
Admission:And here's what you're going to experience soon...
MYR150 – Early Bird (Before 22 March)
MYR170 - After 22 March
MYR190 – Upper Deck (VIP Zone)
*Inclusive of first drink
*Physical tickets will be available at Rock Corner outlets and KL Live on 8th March.
In other news, They Will Destroy You menunda persembahan mereka di rantau Asia pada tarikh yang belum dapat dipastikan. Bukan batal, cuma ditunda....
And in other news juga, tengok filem Django Unchained masa ni dah tak kira news dah, tapi tengok kat layar besar di Malaysia kejap lagi pukul 10 pagi tanpa potongan, THAT'S DEFINITELY NEWS! Laporan menyusul nanti, samada di sini atau di forum Movie Addict.
1 comment:
Django Unchained memang ada kelas tersendiri, antara arahan Quentin yg terbaik...warghhh makin galak layan Post Rock sekarang ni ya haha
Post a Comment