Followers
Friday, November 09, 2012
[filem/muzik] Coldplay Live 2012
Mungkin pengalaman menonton Coldplay di pawagam yang satu ni tak sama macam saya tengok Foo Fighters di Cineleisure tahun lepas sebab yang kes Foo Fighters tu lebih pada dokumentari yang lebih banyak drama jadi saya masih rasa mcam tengok wayang. Ini mungkin dekat dengan filem Mogwai - "Burning" walaupun visual Vincent Moon untuk Mogwai sebenarnya lebih gritty dan pengalaman Mogwai tu sebenarnya pada saya lebih dekat sebab ia tak sebesar skala mega konsert Cooldplay ini (maknanya takde nak main shot-shot yang jaraknya sepelaung sebab nak bagitau betapa jutanya umat yang datang ke konsert). Foo Fighters pula lebih eksklusif sebab ia tak ditayangkan secara komersil, cuma secara jemputan dari record label dan yang lain2 pula ialah peminat yang bertuah selepas menang peraduan. Coldplay Live 2012 pula akan ditayangkan di 3 panggung GSC yang terpilih pada 13 November 2012 (satu hari ni je, tak tayang hari lain sebab lepas tu anda layan DVD mereka saja...) dengan tiket berharga RM15 yang ada boleh rujuk di sini : http://www.gsc.com.my/html/news-highlights-details.aspx?ID=8&PID=41&NID=68
Filem konsert ini diarahkan oleh Paul Dugdale yang pernah mengarah dokumentari muzikal seperti Adele Live at the Royal Albert Hall dan The Prodigy: World's on Fire dengan tenaga produksi dari Arts Alliance Media yang pernah memberikan pengalaman sinema untuk dokumentari seperti Iron Maiden: Flight 666, Rush: Beyond the Lighted Stage dan Pearl Jam Twenty, antaranya. Saya bukan fan besar Coldplay, memang tak banyak sangat yang saya boleh sebut tentang mereka secara ekstensif (dan saya rasa nak kena dengar mereka balik start dari album Parachute untuk bersifat lebih adil sebab masa album tu keluar saya tak beri perhatian sangat, tapi saya suka album Viva La Vida dengan video muzik dari tenaga kerja Shynola yang pernah saya temubual pada tahun 2007 dan Shynola turut mengarah video muzik Coldplay untuk album terbaru iaiitu untuk trek "Paradise" ) Jika anda berminat boleh cuba dapatkan maklumat lanjut dari rakan saya dari Warner Music, Desiree ( email: desiree.fanvell [at] warnermusic.com )
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
the only album coldplay yang saya layan ialah Parachute dan Rush of Bloof To The Head sebab elemen british rock masih ketara dan saya rasa itulah identiti mereka yg sebenar...part masok album Viva La Vida saya dah kecewa habis dgn sound mereka...malas nak ulas panjang...saya betul2 sedih dgn progres yang dibuat oleh mereka.
macam yang saya sebut dalam forum Movie Addicts, saya bukan peminat besar Coldplay, dan kerja saya pula dengar macam2 jenis muzik, tapi dalam proses menyaring lagu-lagu yg saya consider karya yang baik, ada beberapa lagu di dalam album Viva La Vida yang saya minat tapi sudah pastilah minat saya tu bukan pada persepektif peminat tegar. peminat tegar ni pulak boleh terbahagi kepada 2 iaitu peminat yang mungkin gemar style yang tertentu dan bila diubah dengan ketara sekali, mulalah jarang mendengar atau sikit demi sikit mula mengasingkan diri dari band yg pernah diminati tapi ada juga peminat yang mengembara sekali dalam perjalanan muzikal band yang diminati.
saya rasa diri saya ini boleh jadi 2 sifat peminat yang anda sebut tadi bro. Seperti yg saya katakan dlm group Movie Addicts,saya ambik cth band Radiohead,saya hanya go with the flow dgn muzik mereka dan ianya benar2 merupakan taktik yg bijak oleh mereka menawan hati peminat die hard mereka,disamping mereka terus progres dgn muzik mereka.tapi x semua band dpt buat formula sebegitu,antara cth yg x berjaya ialah Coldplay...how sad is that...itu hanya pendapat saya saja tuan...haha memandangkan saya pernah jadi fan Coldplay sebelum ini kot...
saya rasa mungkin sebab tu saya bukan peminat Coldplay from the very beginning. i already see the sign kot, hahahahahaha
pity me, diskografi CD Coldplay saya berhenti sampai album "a rush of blood to the head" sahaja. Tidak seperti tuan, saya x menjangka mereka akan berubah menjadi sebegini...haha...apa2pun topik sebegini memang bagus untuk dibawa bicara kdg2
kena ingat, tahun 1999 dan 2000, saya masa tu dalam keadaan di mana stail muzik yang saya minat berubah sedikit demi sedikit. dulu mungkin banyak layan band britpop tapi matinya musim britpop seolah-olah turut mematikan minat saya pada genre ini walaupun ada band baru macam Coldplay dengan hasil yg baik seperti Parachute. mungkin saya rasa muzik Parachute dah terkebelakang sangat tapi mungkin saya boleh layan kalau album tu keluar pada tahun 1996. saya seolah-olah ada perasaan benci dan cinta dengan britpop, sedangkan Blur yang saya dengar secara religious pada tahun 1995 pun dah kurang saya dengar memasuki alaf baru (tambah pula dengan keluarnya Graham Coxon) tapi yang peliknya saya masih boleh terima Radiohead dengan Kid A, Amnesiac dan album2 seterusnya sebab Radiohead tak buat album britpop dan tidak buat lagu Creep lagi. Elbow pula saya terima kerana lagu Any Day Now pada saya agak dark untuk standard sebuah lagu britpop. Kawan saya kenalkan saya dengan band Travis, band Scotland dengan perisa muzik britpop tetapi bunyian band itu agak depressing tahap minum racun buat sukar utk saya menelan (tapi tidak lagi sekarang sebab dah ada keterbukaan). Coldplay diterima tahap komersilnya sampaikan kakak saya yang tak ikut perkembangan muzik sangat pun main beli CD Coldplay utk pasang ketika nak ke tempat kerja. saya rasa saya masih ada isu dengan penerimaan komersil barangkali. muzik indie hypster era baru pula lebih membimbangkan saya kerana sesetengahnya berbunyi hampir sama seolah-olah mereka lebih peduli dengan busana warna-warni ala arthouse utk tampak lebih cool berbanding memikirkan bagaimana utk menghasilkan muzik tahap pecah otak.
Post a Comment