Followers

Wednesday, October 31, 2012

Basikal Ini Ialah Bom Paip, Segala Rujukan Tentang Terbang Boleh Masuk ke Dalam Saluran Pembentung dan 65daysofstatic di Kuala Lumpur, Januari 2013


Re : damn the resolution, this is my top 34 for the year 2010 because top 10 is just not enough... band no. #8

Faraliza suka band ni, kalau tengok pada graf Last.fm dia lah (saya tak statik kecuali saya rujuk mereka kembali kerana runut bunyi Silent Running mereka yang buat saya teringat Vangelis+campur+Mogwai yang semakin mengasingkan 65dos dengan peminat terawal mereka yang lebih glitchy macam Aphex Twin). Saya amat menghargai perkenalan kami yang bermula di laman web sosial perkongsian muzik itu. Faraliza nak ajak pergi tengok konsert mereka di Hong Kong untuk lebih bersifat pengembaraan tetapi saya sebenarnya sedang mencongak Australia jika mereka yang berempat ini dah bersedia. Kucing ini sekali lagi menjadi periuk api. Tiket 65dos yang telah dipulangkan kembali kerana pembatalan konsert mereka 2 tahun lalu tak sempat pun saya pegang. Arie Supertramp kena selongkar kembali diskografi tak lengkap 65dos-nya kerana merasa harapan untuk melihat mereka buat pertama kali didepan matanya dulu hampir mustahil. Jumaat lepas hari raya Aidiladha. Semua orang bising pasal drama Raya pergi Mekah menampilkan Neelofa tapi saya tak pulang ke kampung dan kurang pedulikan sangat pengisian Aidiladha di TV (yang merebak kepada filem Shah Rukh Khan dengan isi pluralisme agama yang kami sekeluarga dah tengok masa hari raya Aidilfitri lagi sebenarnya tapi tak dijadikan isu). Abang saya yang kedua bertunang pada hari raya yang kedua. Kerja saya pada hari raya pertama itu pula lebih banyak kepada membuka emel sekerap yang mungkin dengan jemputan melihat Finding Nemo versi 3D di pawagam yang tak dapat dipenuhi (sepatutnya pagi tadi) tetapi menerima emel di atas dari 65dos. The Bee terasa kecil untuk band yang ada adrenalin meluap ni (tempat yang sama turut dikritik seorang rakan kerana kecelakaan akustiknya) but we'll see about it...

65daysofstatic : UPFRONT Showcase, live at The Bee, 8 January 2013. CONFIRMED.





 p/s: Saya dijemput rakan, kartunis Nur Azmi @ Mie Mambo (juga vokalis band Nuras) untuk menjadi peserta Bengkel Novel Grafik di Fakulti Sastera & Sains Sosial, Universiti Malaya selain menyediakan teks yang memberikan penerangan ringkas apa yang menyebabkan sebuah karya itu dipanggil novel grafik lebih daripada apa yang difahami umum itu sebagai komik, dan kenapa Stan Lee tak termasuk di dalam kelompok 3 ini : Alan Moore, Will Eisner dan Art Spiegelman. Cerita asalnya sebab yang benar merasakan dirinya tidak bercadang untuk merilis sebuah buku yang kaya dengan teks buat masa terdekat sementelah beberapa tahun menulis jurnal berkaitan dengan muzik dan juga muzik video tetapi tidak juga bercadang untuk merilis sebuah komik secara paksa sebab tidak melihat dirinya sebagai pencerita, lalu datang ilham untuk menggabungkan teks dan ilustrasi dalam sebuah buku. Mungkin sebab dapat ilham dari buku Charles Saatchi - Be The Worst You Can Be yang sempat dibelek sebelum ke Rockaway minggu lepas. Bengkel ini pula akan berlangsung untuk 2 sesi. Sesi pertama iaitu 3 & 4 November, dan yang kedua pada 15 & 16 Disember dari jam 8 pagi hingga 4:30 petang. Semua dijemput hadir.

p/p/s: Tadi dengan Mie pun ada cakap pasal lirik berbahasa Melayu dari band-band tempatan yang masih lagi tersekat dengan dunia 'terbang'. Buat lirik mesti kena 'terbang'. Salahkan bom paip. Ramai yang putus jari masa bulan puasa sampai trauma nak buat lirik dengan subjek yang sedemikian....

p/p/p/s: Filem yang bakal ditonton :- Wreck It Ralph, Silent Running (1972), New Rose Hotel (1998, either sebab ada Yoshitaka Amano pre-Sandman : Dream Hunters ataupun sebab tekanan atas akaun Facebook Asia Argento yang hypster sangat isinya.. ada orang post lagu Grimes.....).


2 comments:

Adi Herman said...

nice topic about 65 DOS bro....

Blitzenius said...

wajib try!

Related Posts with Thumbnails