Followers

Tuesday, July 03, 2007

What We're All About



{Sekitar 2003, ketika masih menuntut di UiTM Machang, saya menulis manifesto ini. Tentang rakan-rakan satu band yang saya kenang kerana kesukaran bersama sebagai satu unit band. Saya muatkan tulisan ini dalam laman web peribadi ketika itu http://www.blynk3n.cjb.net/ yang ketika ini lupus segala isi teks dan grafiknya kerana sering bertukar pelayan digital percuma. Ketika pelayan digital ini lebur dan lupus dari dunia digital, saya menghela nafas panjang sambil berkata, " ....hmm,.... kita dah biasa sangat bermula dengan sifar. Dan kita tak endah langsung dengan kejadian sebegini..." Moralnya, jika belum bersedia dengan pelayan berbayar, paling tidakpun, cubalah selamatkan harta digital di dalam format CD-R. Malangnya, ketika itu, nak mengumpulkan segala harta digital yang bersepah di ruang siber dengan pengakhiran di dalam sebuah CD-R jadi sebuah kerja yang sukar ketika teknologi 'CD burning' belum lagi dibangunkan semua kafe siber. Dan perkataan seperti thumb/flash drive boleh diibaratkan seperti perkataan yang keluar dari genius komputer. Benar sekali...}

Awal 1999, di Kuala Terengganu...

Macam mana perasaan kalau dapat join band yang mana semua benda dari atas sampai ke bawah kau suka dari segi muzikal, line up, attitude, dan segala-galanya? Everything! Tapi benda tu payah nak berlaku...

{Okey, give you some times....}

Ahmad Nazri bukanlah orang yang sempurna untuk kau bawak pergi jamming. Dia tak tahu main instrumen yang biasa ada dalam studio jamming, macam gitar, 4 string, dram ,... mic ? Sikit je la kalau kau nak ajak dia jadi vocalist sebab suara dia pun bukannya kuat sangat. Tak best langsung!!!
Lepas SPM, ketika budak-budak lain sibuk jamming, buat recording demo, join gig, atau sekurang-kurangnya hang out dengan member-member satu band, Ahmad Nazri banyak menghabiskan masa dengar record-record yang dia suka, dan juga sample-sample guitar yang dirakam oleh kawan-kawan dia 2/3 tahun dulu, sekurang-kurangnya dapat la dia men'jahanam'kan sample-sample guitar tu dengan 'dram kayu' yang dia buat sendiri. Takpun 'bluesy' dengan piano kat rumah Hilman Hajijan. Tiada peralatan rakaman audio di rumah Hilman menyebabkan beberapa material yang kononnya menarik tidak dapat di rakam. (nota : Di rumah Hilman pun ada PC tapi versi dia buruk sangat!! Susah nak buat kerja digital editing)
Realitinya, tak ramai yang berminat nak ajak Ahmad Nazri join diorang untuk kerja-kerja yang berkaitan dengan audio + music. ("Hampir sifar,heh!" , Ahmad Nazri.)

Azulaimi Mohamad memecahkan tradisi ni.

Semua ini bermula di Perpustakaan Awam Kuala Terengganu, yang dahulunya jadi tempat Azulaimi, Mat Ros, Bidong, Mizi dan rakan-rakan lain untuk study kalau dia orang rasa sekolah bukanlah tempat yang sesuai secara total untuk menerima pelajaran. "Yeah, break the rules! Cut skool, bebeh!"
Azulaimi mempelawa Ahmad Nazri untuk join sesi jamming dengan beberapa orang rakan (termasuk Mizi), mengambil posisi vokal.

Tapi, kenapa Ahmad Nazri ?

"...sebab member aku tu baser malah nok ngafal lirik. Kalu mung dakper sikit," begitulah lebih kurang apa yang Azulaimi cakap.
"..doh tu mung main mender pulok, " tanya Ahmad Nazri kepada Azulaimi.
Dengan nada yang lemah seribu bicara, Azulaimi menjawab, "Aku .... kembali kepada posisi asal .... main drum. Huh!"
Realitinya, Azulaimi sebenarnya dah letih gila main dram. Apa yang dimimpikan oleh Azulaimi ialah 'tali 6', gitar. Tapi nak buat macam mana ? Itulah kelebihan Azulaimi yang menarik perhatian rakan-rakannya. Ketukan dramnya , bukan petikan gitar. Pada satu pandangan, aku dapat rasakan pemain dram susah dicari, tapi pada satu ketika mereka mungkin beranggapan 'ramai yang boleh main gitar'. Tapi apa yang mereka tahu tentang revolusi ?
Sesi jamming tu bakal berlaku pada Julai 1999, sebelum Azulaimi ke Dungun untuk sambung pelajarannya ke peringkat Matrikulasi.
Ahmad Nazri pada ketika itu tidak dapat apa-apa keputusan untuk menyambung pelajarannya. "Lepak Kampung Nibung laaa.... Boring hampas!!," ... antara rungutan Ahmad Nazri. "Jeles laaa aku , semua orang pegi ke lain , aku sorang-sorang lepak kampung, tak ke bodoh namanya ?" Jadi Ahmad Nazri hanya menunggu masa sebelum sesi jamming tu berlaku. Azulaimi dan Mizi menamakan projek jamming tu sebagai Little Kordine. Aku tak tahu apa makna di sebalik nama itu secara spiritual atau tersirat kerana secara kasarnya ianya bukanlah nama yang bagus pun. Ia tak bermakna apa-apa dan superficial. Azulaimi mengibaratkan ia seperti 'temporary drug', aku memanggilnya 'enigma'. Dan Azuaimi mendapat inspirasi ketika proses yang lebih berat dari urination. "Tak best langsung!!" Tapi aku peduli apa, dia orang nak jamming nak pakai nama apa-apa, itu hal orang. Aku hanya menumpang ruang kreatif.
Akhir Jun 1999, tiba-tiba Ahmad Nazri membawa 2 berita. Berita baik dan berita buruk. "Best la aku dapat sambung belajar ITM 4 haribulan karang", kata Ahmad Nazri, lepas tu dia menyambung... " tapi tak sempat la jamming."
Sebelum sempat Little Kordine nak bernafas, dia orang dah 'mati' dulu.

Damnit!!


{nota: Ahmad Nazri menulis 'cerita' ini semasa zaman opus Little Kordine, band yang dia sertai selepas SPM, selepas beralih dari band 'alternative nation', Marigold. Sepatutnya 'cerita' ini menjadi biografi band di dalam website band yang tak siap terus sampai la sekarang. "Aku letak cerita 'biasa-biasa' ni dalam page ni sebab yang aku ingat time ni la aku jadi darker person. Time ni la aku start kenal Mizi, sebelum Nasir, Mang, Zuang and a few people I always hang out with these days. Aku sepatutnya erase terus cerita ni sebab ia banyak menyakitkan hati aku." Ia menimbulkan persoalan yang payah untuk dijawab, "Why I always become like this and not like that?" sehinggalah seorang rakan yang prihatin memberi jawapan, "Tuhan tak izinkan." Jika berhajatkan sesuatu, minta daripadaNya, usahakan. Kalau sesuatu yang tak dijangka berlaku, anggaplah ia sebagai ketentuan. Carilah hikmah.}

(nota x nota : okay, you know what? menulis tentang diri sendiri kedengaran lame now.... bak kata Peter Gabriel : "And it feels so unnatural to sing your own name" I should have vanish this post.)

1 comment:

Anonymous said...

hey brader, i've read ur story. hmm.. i wonder who is azulaimi mohammad. u got his pict?

Related Posts with Thumbnails