Followers

Tuesday, July 03, 2007

preface, prakata



as much as i hate blogspot, let's face it, i could change it into something that i could chew with.

pelannya ialah untuk mengumpul data dalam bentuk kekata, segala jejak saya sepanjang hampir 9 tahun di ruang digital kepada sesuatu yang boleh saya nilaikan tentang diri saya di ruang ini. yang saya pasti, saya selalu jadi 'orang lain' mula saja saya menekan papan kekunci. dan saya banyak buang masa saya di sini. atau cuba menghiburkan hati saya. lara sunggoh!

pelan kedua, ialah untuk merumus kembali segala pengakuan saya di depan papan kekunci ini.

tak sampai seminggu yang lepas, ketika menekan papan kekunci ini,... saya berada di bawah 'hostage'. di gombak, dengan parang. dengan rasa gentar untuk meninggalkan monitor. "this is your life" - Tyler Durden.

pelan ketiga, ialah menulis dengan format 'kaya teks' (rich text), plain dan hampir kepada sebuah bahan bercetak, ie: buku, novel, tanpa grafik, imejan. kecuali satu fakta yang saya sukar sunggoh nak menjadikan sesuatu huruf itu kapital ketika mula perkataan pertama atau untuk nama khas. semua orang pun....

dan semua orang tak peduli pun kewujudan saya di sini. baiklah, baik saya perkenalkan diri saya (patutnya saya perkenalkan diri saya dari mula tadi ibarat permulaan novel Moby Dick, ie: "Call me Ishmael." tetapi, ini tahun ke 9 saya. haruskan saya ulang bicara saya yang sama setiap kali memulakan penulisan. atas logik juga.) baiklah. nama saya Ahmad Nazri, berasal dari Pantai Timur Semenanjung Malaysia. di awal usia internet saya lebih dikenali dengan pseudonym 'Blynk3n', tetapi satu kejadian yang hampir memalukan saya telah menyebabkan saya menggunakan pseudonym 'Blitzenius', sebagai ganti nama untuk karya seni visual saya, seperti kes Jean Giraud dengan nama Moebius-nya. dan selalunya Blitzenius akan jadi nama tengah saya, contoh: Ahmad 'Blitzenius' Nazri. anda boleh cari di Google 2 nama ini 'blynk3n' dan 'blitzenius' untuk melihat segala aktiviti saya yang masih berbaki jejaknya.

rasanya saya senang menulis dalam bahasa ibunda (kalau nak diikutkan bahasa ibunda ialah bahasa tanah tinggi Bukit Besar di Kuala Terengganu sana, juga tempat yang dijejak Megat Panji Alam. akan tetapi kerana marhaen sudah maklum sangat dengan bahasa rasmi Malaysia, jadi saya kena ikut format ini. perhatikan juga beberapa perkataan Inggeris yang tak kunjung tiba maksudnya di dalam bahasa Melayu, atau terlalu panjang penjelasannya, jadi saya italikkan perkataan-perkataan ini untuk memudahkan urusan kita.

anda pernah terfikir tak kita banyak buang masa di sini? lebih-lebih lagi untuk orang yang banyak kerjanya tetapi sedikit hasilnya seperti saya ini? maaf, saya curi masa anda. saya tau anda banyak masa yang terluang.

maaf juga jika saya banyak merepek. (bukan saya seorang saja , kan?)

selepas habis prakata ini, kita akan mulakan dengan segala cerita hari-hari dan cerita yang telah lama berlalu tetapi indah untuk dikenang. kalau tak, takkanlah mereka beria-ia hendak menjadikan Transformers sebagai blockbuster musim panas mereka. saya yang dah bangka ini pun boleh syahdu mengenang kembali era emas mekanikal transformasi jentera itu. ia cool! saya boleh hafal banyak lagu-lagu dari kartun predecessor yang muncul pada zaman yang sama dengannya depan kawan wanita sebagai umpan.

jadi, saya tinggalkan di sini dahulu. beri ruang untuk anda kenalkan diri anda. seperti yang sebut dalam prakata ini, kerja saya banyak. jadi saya perlu kembali kepada kerja saya. assalamualaikum dan salam sejahtera.

No comments:

Related Posts with Thumbnails