Followers

Monday, October 03, 2016

Ulasan filem: JUNGLE BOOK (2016)

Susah saya nak kata ianya klise, sebab ceritanya dah lama wujud. Saya sendiri membesar dengan cerita Jungle Book sebab ia jadi bahan bacaan ahli pengakap (sebelum animasi Disney, sebelum adaptasi Budak Serigala oleh penulis Adi Alhadi dengan lukisan oleh Jaafar Taib). Filem ini follow closely pada cerita yang dah melekat dalam kepala saya sekian lama, cuma ada perubahan yang ketara di penghujungnya. Tetapi filem ini masih sebuah tontonan yang menghiburkan kerana kecemerlangan Disney dengan enjin motion capture dan photorealistic yang benar-benar menghidupkan dunia haiwan dan hutan yang digabung dengan lakonan live action oleh Neel Sethi sebagai Mowgli dengan sebati sekali. Kemudian sukanya saya melihat Jon Favreau sebagai pengarah mengawal keseluruhan cerita buat ia jadi tak bosan. And then, Neel Sethi himself yang cemerlang kerana dia boleh berlakon seorang diri, berinteraksi dengan pelakon lain yang kebanyakan di'motion-capture' sebagai haiwan selepas pos produksi, tapi tampak believable dan tak canggung. Bagaimanapun ada beberapa perkara dari sudut teknikal (suntingan audio pada suara pelakon yang paling jelas sekali) yang agak off pada saya sebab volumenya naik, sampai saya rasa tak blend dengan visual haiwan bercakap tapi masih tak mengganggu pengalaman saya menonton sebuah cerita, dan tak terasa spoiler pun walaupun sebahagiannya saya dah baca dulu, ini kerana visual feast dari Disney yang membasuh luka saya selepas grafik video game yang melampau dari Zack Snyder sebelum ni.

Ceritanya punya semangat Disney. Lion King ada semangat ini. Lebih-lebih lagi dengan penyertaan lagu "The Bare Necessities" karya Terry Gilkyson yang memang dari filem animasi Jungle Book keluaran Disney tahun 1967. And somehow, kita seperti pernah merasa cerita sebegini sebelum ini sebab ia sememangnya resepi Disney.

Tonton featurette yang menampilkan kedua-dua versi animated (1967) / live action (2016). Ia tak boleh dianggap remake because they're different animals: http://youtu.be/ytHAsLLRehw

Dan end titles di mana bintang-binatang keluar dari buku ialah apa yang paling saya gemar sekali.

8 out of 10

Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 7 April 2016
Genre: Pengembaraan / Drama / Fantasi
Durasi: 1 Jam 46 Minit
Pengedar: WALT DISNEY PICTURES
Pelakon: Neel Sethi, Bill Murray, Ben Kingsley, Christopher Walken, Idris Elba, Scarlett Johansson, Lupita Nyong'o, Giancarlo Esposito
Pengarah: Jon Favreau

No comments:

Related Posts with Thumbnails