(Selepas pra tayangan untuk para media di TGVCinemas 1 Utama Shopping Centre pagi tadi, ihsan Warner Bros. Pictures)
Apa yang kita dapat dari sebuah filem animasi dari alumni Disney / Pixar yang kemudian menjadi tenaga kerja untuk studio rival, Warner Bros (penerbit Brad Lewis pernah menang Oscar melalui Ratatouille terbitannya, pengarah bersama Doug Sweetland pula dah jadi animator untuk kebanyakan karya agung Pixar seperti Toy Story, A Bug's Life, Monsters, Inc., Finding Nemo, The Incredibles dan Cars): ketelitian animasi seperti Pixar jadi ia tak nampak macam studio baru walaupun STORKS merupakan filem animasi kedua Warner selepas THE LEGO MOVIE. Atas kertas, STORKS memang macam ikut template Disney dari segi plot dan pembinaan wataknya tapi apa yang mengasingkan gaya Warner daripada Disney ialah lawak wacky-nya yang merujuk gaya Looney Tunes yang dah memang jadi cop mohor Warner. Geng 100 serigala Wolf Pack yang didepani oleh Alpha dan Beta boleh buat benda yang masuk air yang ilhamnya dipetik dari cetakan biru Acme (dengan transformasi mereka yang macam Lego juga), mereka bergaya sekali dan penuh konfiden tetapi boleh bersifat self destructive macam bala yang selalu menimpa Wile E.Coyote. Permainan kejar mengejar antara Junior + Tulip dan Wolf Pack memang dah macam episod The Road Runner Show. Doug Sweetland memang suka lawak slapstick Looney Tunes yang telahpun dibuktikan melalui animasi pendek Presto untuk Pixar / Disney. Tapi tak bermakna STORKS hadir tanpa jiwa. Junior, sebagai bangau penghantar yang hendak jadi senior atau 'bos' (mantra yang sering diungkap oleh Hunter lakonan Kelsey Grammer yang memang jadi Kelsey Grammer dalam filem ini) perlu berdepan dengan Tulip, satu-satunya manusia di kilang penghantar Cornerstone dengan tugasan besar: memecat Tulip, kerana Tulip memang cemerkap dan tak boleh diharap. Ia sedikit sebanyak membangkitkan semangat Pixar melalui Monsters Inc, apatah lagi apabila duo ini perlu menghantar seorang bayi yang dipesan oleh sebuah keluarga; siri-siri Sulley dan Mike yang terpaksa melayan kerenah Boo dijelmakan kembali, but you know, it's pretty wacky and very un-Disney. Junior dan Tulip punya chemistry yang baik. Tulip sebenarnya punya backstory yang menyedihkan tapi Warner ni bukan nak bagi anda sedih pun. Kalau Tulip wujud di dunia sebenar, saya mahu menyayanginya walaupun dia tak kisah pun. I think she can live on her own ("Jangan panggil saya 'anak yatim', Tulip dah cukup".)
Dan satu lagi, animasi Amerika ni bila dia membebel, dia tak boleh berhenti. Kecoh sangat. Adrenalin meluap.
Saya sebenarnya menggilai Tex Avery. Entah kenapa filem animasi mutakhir ni dah tak capai tahap sebegitu. Tex mencorakkan animasi Warner Bros menggunakan 'speed, sarcasm, irony, and non-stop action' yang membezakan ia dengan animasi Disney, jadi saya harap sangat some people get it bila Warner mulakan studio animasi sejak The Lego Movie.
STORKS tak menambah apa-apa dari segi gaya animasi (LEGO MOVIE lebih inovatif) tapi ia masih sebuah filem yang menghiburkan. Saya ada juga ketawa tapi saya lupa kenapa. Sebab Wolf Pack agaknya. OK, i get it! Saya gelak gila kat geng penguin! Yes, the Tex Avery thing is there!
P/S: Masuk panggung lebih awal untuk animasi pendek LEGO NINJAGO yang nampak promising.
7.5 out of 10
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 22 September 2016
Genre: Animasi / Komedi
Durasi: 1 Jam 26 Minit
Pengedar: WARNER BROS. PICTURES
Pelakon: Andy Samberg, Katie Crown, Kelsey Grammer, Keegan-Michael Key, Jordan Peele, Jennifer Aniston, Ty Burrell, Danny Trejo, Stephen Kramer Glickman
Pengarah: Doug Sweetland, Nicholas Stoller
Tarikh Tayangan: 22 September 2016
Genre: Animasi / Komedi
Durasi: 1 Jam 26 Minit
Pengedar: WARNER BROS. PICTURES
Pelakon: Andy Samberg, Katie Crown, Kelsey Grammer, Keegan-Michael Key, Jordan Peele, Jennifer Aniston, Ty Burrell, Danny Trejo, Stephen Kramer Glickman
Pengarah: Doug Sweetland, Nicholas Stoller
No comments:
Post a Comment