Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit, by number
1. Wait, ini kan road movie in the same vein of Dari Jemapoh ke Manchestee, minus Carburetor Dung, ganti The Pilgrims? Yang aku tau rempit habis kuat pun layan XPDC - Titian Perjalanan.
2. Tentang Pekin sebagai Al yang in character sepanjang filem (maybe di luar) dan kau tak puas hati sebab dulu dia jadi skinhead rafidah, well.... Mark Whalberg jadi rocker dalam Rockstar, tak pula aku cap dia rocker juga di luar. Dia akan kekal sebagai si budak rap Marky Mark yang berabangkan New Kids on the Road Block.
3. Filem ni memang tak sempurna, tapi aku cuba breakdown sikit-sikit. Mat rempit gatal punggung, fikir ini filem meraikan mereka, tetapi mengata mereka, lalu mereka balas, "weyyy bodo, mat rempit dengan mat moto tu sama la buduuh." tapi mereka miss the point bila time Al (Pekin) kata, "aku ni mat moto tau, bukan mat rempit..." dalam keadaan apa dia berkata begitu dan dalam masa yang sama dia mengata Sikha (Falisha Crossley) sebagai 'punk', tapi kita* pun tau punk yang sebetulnya macam mana, dan Sikha ni punk yang macam mana.
* Sikha tu punk Hot Topic tanpa perlu diberitahu.
4. Mat Moto lagi best kalau Pekin guna imaginasi sikit untuk ceritakan mitos di sebalik helmet yang dicari. Taklah kosong sangat ceritanya. 4 helmet tu boleh kalau diringkaskan dan tak meleret. Kalau tak, sampai ke sudah orang panggil filem Dragonball. Afterall, kerja dia jalan saja. Dan audiens di Malaysia bermasalah nak faham filem berjalan.
5. Di Terengganu memang ada keramaian rempit. But it was illegal. Biasanya masa raya. Tapi ada sorang pakcik ni dah give up dengan keramaian yang tak bermakna ni lalu mengamuk dan suruh budak-budak rempit ni balik. Jadi ia agak awkward bila keramaian di Terengganu tu siap ada polis yang nampak seperti benda di luar konti yang dimasukkan ke dalam.
6. Mat rempit tak perlu terasa bila Al mahu dipanggil mat moto. Saya pernah berhousematekan mat rempit dan perlu berdepan dengan pandangan sinis jiran bila budak-budak rempit ni buat kejiranan mereka macam bukan police state waima JAIS state. Macam bawa perempuan balik rumah sampai abang si perempuan gegar rumah. Buat rumah jadi bengkel. Buat rumah jadi tempat lepak macam dah tak ada rumah (dan mulalah ada yang hilang handphone dan sekian-sekian...) yang buat saya jadi benci pada mereka.
6. Kalau anda confuse beza mat moto dan mat rempit disyarahkan secara verbal tetapi secara visual, ia bercanggah, itu boleh difahami sebab Al dari dunia rempit juga , sebab tu dia boleh berhubung dengan tokan helmet dan masuk keramaian rempit tanpa masalah. He has the look. He is welcomed. Dia sebenarnya stuck in the middle. Ada dalam kalangan rempit yang tonton kata dia in denial. Dia kena guna kata mat moto untuk buang konotasi negatif rempit, tapi nak menyisihkan rempit 100%, it's a NO. Sebab tu ada adegan akhir dengan Rosyam Nor. He just cant.
7. Sebenarnya masih banyak lagi misteri pada watak Al yang tak dirungkai tapi aku suka begitu. Masalahnya bila penonton fikir Al ni watak self righteous. Gila apa. Ini bukan Mark Baum bawaan Steve Carrell dalam The Big Short atau Michael Bluth dalam Arrested Development.
8. Aku masih suka trailernya.
Rating: 6 out oh 10
Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit
Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang perjalanan mat moto dalam berkongsi minat sukan permotoran yang sering disalah tafsir oleh masyarakat zaman sekarang. Ia juga memaparkan pengembaraan mat moto di seluruh pelusuk Malaysia dalam mencari erti persahabatan dan keseronokan berkongsi minat yang sama.
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 14 Januari 2016
Genre: Road movie
Durasi: 1 Jam 30 Minit
Pengedar: SKOP PRODUCTION
Pelakon: Pekin Ibrahim, Falisha Crossley, Shaheizy Sam, Syamsul Yusof, Faizal Hussein, Rosyam Nor, Cat Farish, Zul Huzaimy, Kamarol Yusof.
Pengarah: Pekin Ibrahim dan Syafiq Yusof
No comments:
Post a Comment