Actually, filem Isteri Untuk Dijual ni fun juga. Tak sama langsung dengan drama 7 petang TV3 yang bergenre 'Isteri...', yang paling nyata takde adegan diskusi di tepi kolam renang "papa nak kau ambik alih syarikat keluarga kita", takde makcik pendengki dalam bentuk Zila Bakarin. Dan aku tau ramai tak tonton pun. Strangely enough, aku takde nampak ulasan Isteri Untuk Dijual di grup filem Movie Addict, tapi ramai juga yang ulas hanya berdasarkan tajuk. Which is pretty unusual for MA. For a second I thought, sejak bila MA ni jadi macam Sukan Star Ikan Keli Ohmedia ni? Sesuatu karya tak dibedah dgn seadilnya?
Aku perlu ambil liberty untuk praise Nora Danish dan Kamal Adli as unlikely, odd pairing onscreen. Kamal sebagai suami yang hopeless, try to get rid of his wife, Nora yaknj jenis bini yang lawa tapi problematic and she doesnt even knows it. There's Amazing Amy going on. A psycho bitch is psycho. Surprisingly, ia lebih dekat dengan realiti (kenapa laki dia tak hire maid, well, of course, ---- print industry is dying, bisnes bukan kencang pun. Been there, done that).
Watak lakonan Nora real sebab dia asalnya duduk kondo tak berapa mewah je kat Setapak. Flatlah kiranya. Dah kawin laki bini, rumah pun takde besar sampai ada swimming pool. Even Kamal takleh hire maid pun lalu Nora menjadi surirumah sekaligus meninggalkan dunia glamornya dulu sebagai artis majalah. Dah tu rumahnya bersepah. This is real.
Dalam Isteri Untuk Dijual, Kamal Adli tak seperti pelakon lelaki bajet yang selalu dipertontonkan di slot Suami / Isteri. As human as possible, bila Kamal dipertemukan dengan Nora, comic timing kedua-dua mereka pada aku brilliant, a leap forward bagi director Eyra Rahman ( yang selalunya mesti banyak benda yang aku nak tegur, terutama sekali bila dia buat filem horror -- dia sebenarnya tak minat horror kalau tengok gaya filem horrornya). Aku suka transisi watak Kamal Adli dari suka Nora kepada tak tahan sampai nak 'jual' Nora. Dalam paniknya, dia boleh buat benda bodoh yang kau tak sure samada nak gelak atau nak sedih. MIG (melalui sister-company Mangkin Prestij) ni sebenarnya bukan pemangkin genre 'Suami / Isteri', in fact mereka tak ikut buku genre 'Suami / Isteri' langsung, tapi make fun of kegilaan makcik, akak dan adik-adik yang nak SPM yang suka tercongok depan TV pukul 7 petang kerana uzur lalu berangan, sebagaimana mereka make fun of the genre melalui Suamiku Jatuh Dari Langit (juga arahan Eyra) dengan meletakkan punk scum loser yang juga bekas drummer OAG tapi sekarang join OAG balik yang lari dari along, terjumpa pula anak dara kampung sebagai testament 'Qi Razali ialah Suami Melayu Terakhir'. Anda tak lihat ciri-ciri itu dalam slot drama 7 petang bergenre 'Suami / Isteri'. Macam mana lah orang boleh jump the gun mengkritik Isteri Untuk Dijual , sedangkan Diwale yang duagungkan mereka lebih buruk di mata pengkritik filem di India?
Melihat reaksi mereka yang tak tonton Isteri Untuk Dijual terus jatuh hukum, aku boleh ibaratkan mereka jenis tak approach orang, lepas tu judge orang tu gila,psychopath atau perogol bersiri nafsu tahap ke 99. Tapi yang sebenarnya mereka insecure dengan diri mereka sendiri dan imaginasi buat cerita bukan-bukan. Kes ni sama macam Love Supermoon. Aku tau ramai yang mencebik filem tu bila tengok posternya, hanya kerana ada Farid Kamil dan premis cintan cintun.
Markah: 7 / 10
Sinopsis: Reza (Kamal Adli) telah jatuh cinta dengan Bella (Nora Danish). Di mata Reza, Bella seorang wanita yang cantik, comel dan jujur, pendek kata segalanya sempurna. Selepas Bella berjaya menjadi model di bawah syarikat Reza, mereka telah berkahwin. Namun impian untuk mempunyai rumah tangga yang indah tidak kesampaian apabila Bella mula menunjukkan sikap sebenarnya sehinggakan Reza mula merancang untuk meminta rakan baiknya Adi (Azwan Kombos) untuk menggoda Bella agar isterinya itu meninggalkannya.
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 24 Disember 2015
Genre: Komedi / Romantik
Durasi: 1 Jam 44 Minit
Penerbit: Mangkin Prestij
Pengedar: METROWEALTH
Pelakon: Nora Danish, Kamal Adli, Azwan Kombos, Abam Bocey
Pengarah: Eyra Rahman
No comments:
Post a Comment