Followers

Friday, August 21, 2015

Ulasan filem: SOUTHPAW

Terlebih dahulu, semasa di preview filem Dark Places, pertama kali saya tonton trailer filem ini. Tengok Jake Gyllenhaal, I was like, "Man, he's unstoppable..." dan kebarangkalian Oscar snub sekali lagi untuk Jake selepas Nightcrawler. Plotnya saya letak kemudian dulu walaupun kritik terawal filem ini lebih mengangkat filem seperti Million Dollar Baby atau The Fighter jika dibuat perbandingan filem kategori serupa. Nak tengok sebab Jake yang saya nampak dulu (yang mengambil alih peranan utama, Billy Hope yang sepatutnya diperankan oleh Eminem, yang kemudian menulis runut bunyinya). Antoine Fuqua pula nombor dua. Antoine mengarah lakonlayar tulisan Kurt Sutter (Sons of Anarchy, The Shield), dengan kerja skor oleh mendiang James Horner.

Berbalik kepada filemmya, mula-mula Rita Ora (yang muncul seketika saja) wasted gila kalau dia diguna hanya untuk buka pintu. Plot Southpaw mudah, tentang nak bring back the past glory (past tu ada lah setahun rasanya...) sebab Billy Hope nak ada duit balik jadi bolehlah beli rumah agam yang baru dan bini baru, dan dapat hak jaga anak sebab dia bukan model bapa contoh. Ketiga-tiga perkara ini hilang di pertengahan cerita, hilang dari dunia Billy kerana isteri Billy mati dalam kejadian tembakan semasa Billy, seorang peninju yang memegang title juara Light Heavyweight Dunia sedang bergelut dengan pencabarnya di acara post party, akibat Billy yang panas baran dan tak boleh bersabar langsung. Yang boleh kita rumuskan sebagai bad parenting, sebab kita lihat seolah-olah macam isteri Billy yang menjaga hal ehwal keluarga hingga menguruskan kerjaya Billy. Apa yang Billy buat? Masuk dalam ring, bertumbuk sampai muka pun dan tak macam orang, sampai isterinya pun naik risau kerana lakinya dah tak 'hensem'. Hidup dilanda badai, hilang punca mata pencarian, hilang semangat juang untuk meneruskan kelangsungan hidup, Billy bertemu 'otai' Titus "Tick" Wills untuk mengajarnya bertinju semula, seolah-olah ilmu tinjunya hilang sekelip mata, begitu sahaja (kalau kita yang bertinju, kita pun berasa pelik. Ini juara dunia ni!).

Yakni bukan cerita baru pun. Southpaw ditonton sebab memang dah ritual jadi seronok bila tengok Jake Gyllenhaal di layar. There's a part, Rachel McAdams (membawa watak isteri Billy, Maureen Hope)  did a great job, cuma the writing of her character didn't do much for her dan dimatikan lebih awal. I'm looking forward for her appearance in Doctor Strange alongside Benedict Cucumber,... sorry, Cumberbatch, because she's an underated actor. Pelakon kanak-kanak Oona Laurence juga cemerlang membawa watak si anak, Leila Hope yang berubah-ubah karakternya.

Southpaw memang predictable if you look at it as a sport drama. It's all the same thing sebab banyak sport drama guna template macam ni, sebab tu predictable. It's not Million Dollar Baby or The Fighter, I kinda knew it from the trailer (which gives away everything about the movie, sadly...). But if you look at Southpaw as a story of worthless daddy played by Gyllenhaal, then you get a different angle of it. Jake never played a father before, let alone the worst father in the cinematic history, so it's fun to watch him. Heck, if you change Todd Howard (Jason Bateman) in Teen Wolf Too to Billy Hope played by Jake, that would be a fun movie to watch too.

Preview yang ditonton rasanya bukan versi teaterikal yang dah digunting LPF, tanpa subtitle, sebab ada nudity pada satu scene.

Trailer:

Genre: Aksi / Drama / Sukan
Tarikh Tayangan: 6 Ogos 2015
Pengedar: GSC MOVIES / Square Box Pictures
Pengarah: Antoine Fuqua
Pelakon: Jake Gyllenhaal, Rachel McAdams, Naomie Harris, Forest Whitaker, Victor Ortiz, Curtis "50 Cent" Jackson, Miguel Gomez, Oona Laurence

RATING: 6.5 / 10

P/s: CD OST Southpaw ihsan Universal Music Malaysia. Terima kasih! Lain betul bunyi Gwen Stefani berduet dengan Eminem masa end credit filem. Turut menampilkan dua trek dari mendiang James Horner serta single " Phenomenal" oleh Eminem.

Lagu 'Phenomenal' dari Eminem, OST Southpaw:

Senarai lagu-lagu dari Southpaw:  Music From And Inspired by the Motion Picture (Shady Records / Universal Music)
1.  James Horner – Cry For Love (Part 1)
2.  Eminem ft. Gwen Stefani – Kings Never Die
3.  Rob Bailey & The Hustle Standard ft. Busta Rhymes, Kxng Crooked & Tech N9ne – Beast (Southpaw Remix)
4.  Denaun – This Corner
5.  Action Bronson & Joey Bada$$ ft. Rico Love – What About The Rest Of Us
6.  Bad Meets Evil – Raw
7.  Slaughterhouse – R.N.S.
8.  The Weeknd – Wicked Games
9.  Bad Meets Evil – All I Think About
10.  50 Cent – Drama Never Dies
11.  Prhyme ft. Logic – Mode
12.  The Notorious B.I.G. ft. Bone Thus N Harmony – Notorious Thugs
13.  Eminem – Phenomenal
14.  James Horner – Cry For Love (Part 2)

No comments:

Related Posts with Thumbnails