Followers

Friday, August 21, 2015

Ulasan filem: HITMAN: AGENT 47

RE: DARI ENTRY FB.COM/BACKSTAGE.MY
Sebelum kita menonton filem ini minggu ini, mari kita melihat point-point yang boleh diambilkira sebagai persediaan menonton filem ini. Adakah ia positif atau sebaliknya? :

- kalau nak kami ulas berdasarkan filem pertama yang juga ditulis oleh screenwriter yang sama, Skip Woods, maka kami bagi expectation yang rendah sebab filem pertama sucks, plus kami benci treatment Skip Woods terhadap Deadpool dalam Wolverine : Origins. Like, wtf?
- kalau berdasarkan pengarahnya, Aleksander Bach pun kami belum boleh nilai sebab belum pernah nampak kerja filemnya sebelum ni, setakat komersil saja dan ini sedikit menakutkan kami. Boleh rujuk di: http://www.aleksanderbach.com/work_eng.html
- tapi kalau nak ulas dari trailer ok lah kot Rupert Friend ni (yang membawa watak Agent 47). Kami lagi prefer voice actor Hitman daripada gamenya sendiri yang berlakon. Suara memang dah sama, maturity pun ada, nampak berpengalaman. Rupert babyface sangatlah!

SINOPSIS: Ejen 47, seorang pembunuh upahan, telah bekerjasama dengan Katia Van Dees yang ingin mencari keturunan asal usulnya dan ayah kandungnya. Mereka bersama-sama menentang sebuah organisasi yang dipanggil Syndicate International.

Xxx

IN A NUTSHELL: Hitman : Agent 47 boring gila. Kesian MPH (sebab MPH Bookstores ada product placement dalam filem ni. Habis tercalar imej MPH. Habis tercalar imej penulis yang buku-buku mereka dijual di MPH). Dan saya boleh tolerate Pixels (yang teruk pada pengkritik) berbanding filem ini. Heck, saya rasa the whole thing Hitman tu sendiri boring. Dalam filem, ada adegan tembak ala kill count yang pada saya filem John Wick dikoreografi jauh, jauh lebih baik. Saya tak tau idea siapa di Fox yang masih nak guna Skip Woods jadi screenwriter. Dan saya jadi lemah kalau ada director yang namanya berbunyi Polish/Ukraine/Russian (Jerman sebenarnya) buat filem US. Rasa macam dengar tATU yang walaupun ada lesbian scenes, it still sucks ( filem ni ada scene berenang untuk kesihatan je). Inggerisnya macam diterjemah pakai Google Translator. Penghayatannya tiada.

Saya sebenarnya tak pernah excited nak tengok filem ini. Tapi saya tonton untuk buktikan teori saya apa jenis orang yang suka nak tengok filem yang tak berjiwa ini selepas yang sebelum ni (filem Hitman tahun 2007) pun gagal. Pada yang bercadang nak tengok, lebih baik save duit anda untuk tengok filem Sicario - The Mexican Hitman bulan depan. Tak lama pun lagi. Atau kekal bermain permainan video Hitman. Sebab premis ini tak berjaya sebagai filem.

RATING: 1/10

Pengarah: Aleksander Bach
Lakonlayar: Michael Finch dan Skip Woods, berdasarkan permainan video Hitman oleh IO Interactive
Pelakon: Rupert Friend, Zachary Quinto, Thomas Kretschmann, Hannah Ware
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 20 Ogos 2015
Genre: Aksi / Ngeri / Jenayah
Durasi: 1 Jam 38 Minit
Pengedar: 20TH CENTURY FOX

No comments:

Related Posts with Thumbnails