Followers

Sunday, July 05, 2015

Ulasan filem: PADDINGTON

Filem ini mengingatkan saya pada seorang gadis yang jadi teman wayang saya sekitar 5 tahun lalu (I swear my ex called it 'an act of rebound', well, itu yang dia selalu fikir. Setiap gadis yang saya keluar bersama, walaupun hanya teman wayang sudah cukup buatnya sebagai modal plot balas dendam...).

Berbalik kepada gadis tadi, janji temu kami di kedai Bookxcess. Tapak kedai Bookxcess itu sendiri ada sejarahnya sebab saya dengan bekas kekasih pernah ke sana. Di situlah berlangsungnya pesta buku Big Bad Wolf sebelum ia dibawa ke tapak yang lebih besar di The Mines. Bekas kekasih tak tau yang saya dan gadis itu ke tempat kami pernah dating dahulu, kalau tak mungkin dia dah bengkek, menggelupur seperti cacing kepanasan. Pertama kali ke Bookxcess yang baru saja dirasmikan, segalanya baru dan indah belaka buat kami. Gadis itu terus tweet yang dia berada di 'candystore', well, itulah yang dia selalu fikir tentang kedai yang baru dibuka, seperti candy baru dilepaskan dari bekasnya, atau ada mesin refill karamel, yang kita boleh refill sesuka hati, tak wujud di KL. Pindahlah ke Boston. 

Kedai buku yang masih hijau (dan oren) dan eyecandy. Sebelum GST, saya boleh ambil buku dan majalah sesuka hati saya saja di Bookxcess (dan kedai majalah back issue Recycle yang berkongsi premis). Saya ambil buku Seni Visual Yang Penuh Kegelapan Sesuai Buat Insan Yang Bajet Keganasan Post Post Post Metalgaze Dan Drone Doom Dalam Hati Tiada Taman Melainkan Kumbang Yang Bakal Dikukus Sebagai Santapan Terakhir, sort of. Dan juga majalah Juxtapoz.

Dan gadis itu, dia.... dia terpaku pada rak yang menampilkan buku Paddington, yang saya tiada idea tentangnya melainkan beruang bersuitcase merah (dari Peru) ke bandar, bagaikan kambing yang tersesat ke kandang harimau. Katanya, itu buku cerita yang dibacanya ketika masih kecil. Kami saling berpandangan, melihat kembali ke arah satu salinan Paddington, saling berpandangan kembali. "Ambik lah..." kata saya tak teragak-agak.

Buku itu akhirnya jadi hadiah harijadi buatnya yang awal sebulan dari saya, dan sebagai balasan, dia menghadiahkan saya sesalinan koleksi komik strip Get Fuzzy sebab salah satu koleksinya The Get Fuzzy Experience meminjam gaya sebuah kulit album dari Jimi Hendrix. Saya cool sebegitu.

Apabila filem Paddington keluar, saya menonton seorang diri, mengharapkan gadis itu masih jadi teman wayang saya, mengkritik filem adaptasi buku kegemarannya. Sebab saya tak tergamak nak kritik, filem itu comel sangat. Dengan Nicole Kidman pun comel juga. Tapi saya berperasaan yang mungkin dia berperasaan berbeza dari saya, mengenang betapa tebalnya buku yang saya pernah hadiahkan, barangkali banyak teks yang tertinggal untuk memampatkan masa 2 jam.

Bermakna saya kena pergi ke Bookxcess semula. Mungkin dengan dia. Supaya dia boleh bacakan pada saya apa bab Paddington yang tertinggal dari filemnya.

But no, kritik menyukainya, teramat menyukainya. Dan saya suka juga. Tapi masih, saya masih mengharapkan tontonan kedua bersama si dia. Dengan bebelannya tanpa henti barangkali.

Pengarah: Paul King
Lakonlayar Paul King dan Hamish McColl, berdasarkan buku Paddington Bear oleh Michael Bond
Lakonan: Hugh Bonneville, Sally Hawkins  Julie Walters, Jim Broadbent,Peter Capaldi, Nicole Kidman, Ben Whishaw
Muzik: Nick Urata
Sinematografi: Erik Wilson
Suntingan: Mark Everson
Studio produksi: Heyday Films, StudioCanal
Pengedar: TGV Pictures
Tarikh tayang: 11 Disember 2014

No comments:

Related Posts with Thumbnails