Followers

Monday, July 06, 2015

Ulasan filem: BIRDMAN or (The Unexpected Virtue of Ignorance)

"People, they love blood. They love action. Not this talky, depressing, philosophical bullshit!" - Birdman kepada Riggan Thomson

Jika saya mengambil nilai muka, saya menyetujui apa yang dikatakan oleh Birdman, watak dalam filem ini yang sering bermain di minda Riggan dan tak mahu pergi. Saya dibesarkan dengan filem darah dan aksi. Seperti American Ninja. Dan pada saya, Michael Dudikoff ialah seorang pelakon yang underrated. Dia menjiwai watak ketika bertumbuk dan menghunuskan katana. Bukan macam pelakon lembik, muka jambu dan generasi Kpop hari ini. Tahu-tahu saja dah terlentok bahu di Fathia Latiff. Atas kredibiliti apa? Michael Dudikoff patutnya dah lama menang Oscar.

Sekurang-kurangnya pelakon zaman Riggan atau Michael Keaton, si pembawanya tidak setolol budak baru nak up zaman sekarang. Eman Manan bukan setakat boleh bertumbuk tapi boleh berfalsafah dalam lakonannya, boleh bagi lawak tongue-in-cheek dalam Rentak Desa, Shahadat dan Femina. Itu lama dahulu dan tak perlu nak dibuktikan dengan dunia teater Broadway macam Riggan. Eman Manan dengan Istana Budaya tak nampak canggung. Sebab dia memang dari situ pun dari dulu lagi. Kau pun tak peduli pasal teater ni semua dan kemudian nak membuktikan betapa sampahnya filem aksi, superhero dan darah. Ia lebih kepada menempelak audiens sendiri berbanding pengamalnya. Ia tak berlaku pada saya. The Crow ada darah dan sastera dan falsafahnya. Begitu juga Deadpool. Malaysia pula ada rare species macam Soffi Jikan yang datang dari dunia pementasan dan filem artsy fartsy yang boleh mendedahkan hipster jadian kepada dos kristal meth yang tinggi yang kau tak ambik kisah langsung kemudian membikin filem ini bersama rakan-rakan 'key player'nya yang penuh letup-letup sebagai nota pergi jahanam.

Ia sebenarnya berbalik pada penonton. Kau nak filem falsafah, kau tengoklah filem falsafah. Macamlah aku peduli bila aku dengar Nadja atau Intronaut, atau Head of David tapi orang lain tak dengar. Tapi menafikan filem aksi, darah, dan bertumbuk pula tidaklah sentiasa benar. Kau mengkritik filem-filem begini kerana kau tak memahaminya, tak jadi sebahagian darinya. Ia berbeza dengan Avengers: Age of Ultron yang dikutuk oleh fanboys sendiri. Yang boleh membunuh filem-filem aksi, tumbuk dan meletup ialah peminatnya sendiri, bukan orang yang tak faham filem begini. Barangkali, bila peminat filem KL Gangster menyumbang kutipan berjuta-juta untuk filem tersebut, kena faham yang semangat asobiyah di kalangan peminat filem begini amat tinggi dan bila-bila masa saja mereka boleh menjatuhkan genre filem begini juga jika ia tidak mencapai piawaian mereka. Ini perlu difahami. Peminat filem falsafah boleh pergi jahanam. Melainkan, anda seperti saya boleh pergi dengan segala jenis filem sebab memang anda meminati filem.

BIRDMAN, filem arahan Alejandro González Iñárritu pula seringkali dicanang sebagai filem meta seolah-olah perlambangan kepada pelakonnya sendiri Michael Keaton yang pernah menjadi Batman dan kemudian mahu menaikkan karier lakonannya semula selepas melalui zaman yang suram. Plotnya begitu. Kau boleh kata Alejandro buat filem ini untuk anda, peminat filem falsafah sebab anda dengan falsafah ialah pretentious motherfucker. Michael Keaton dibenarkan terasa bila didatangi oleh Alejandro untuk menawarkan watak Riggan dan ia seperti menganjing dirinya, sebab memang betul pun. Di antara waktu-waktu filem Birdman, Keaton boleh pula berlakon dalam filem RoboCop. Faktanya, Keaton di luar filem, samada dia nak berlakon filem letup-letup atau falsafah, anda sebagai audiens boleh pergi jahanam untuk menidakkannya. Dan Birdman juga gagal memanfaatkan fakta yang nama Keaton naik dahulu kerana filem komedi dengan visual quirky macam Beetlejuice arahan Tim Burton. Tim Burton dah lama tak buat filem macam tu. Asyik serius nak mati sebab nak memenuhi kehendak peminat filem falsafah. Ia tiada tempat di dalam Birdman. Dan fanboys lama dahulu pernah menidakkan Keaton sebagai Batman sebelum filemnya keluar. Mereka tidak nampak Bruce Wayne dalam diri Keaton. Sedangkan George Clooney yang membunuh Batman. Sepatutnya ada filem meta tentang Clooney. Itu lagi seronok.

Nota: Birdman telah ditayang secara terhad di panggung GSC yang terpilih sejak 22 Januari lalu edaran 20th Century Fox.

Plot: Seorang aktor bernama Ringgan Thomson yang dilakonkan oleh Michael Keaton merupakan seorang ikon adiwira yang sedang bertarung dalam hidupnya walaupun sedang memainkan watak di Broadway. Dirinya terpaksa mempertahankan ego demi mendapatkan kehidupan yang lebih baik dalam keluarga, kerjaya dan dirinya sendiri. Filem ini merupakan sebuah cerita adaptasi dari karya nukilan Raymond Carver yang berjudul "What We Talk About When We Talk About Love".

Genre: Komedi hitam
Pengarah: Alejandro Gonzalez Inarritu
Cerita & lakonlayar: Alejandro G. Iñárritu, Nicolás Giacobone, Alexander Dinelaris, Jr., Armando Bó
Pelakon: Michael Keaton, Zach Galifianakis, Edward Norton, Andrea Riseborough, Amy Ryan, Emma Stone, Naomi Watts
Muzik: Antonio Sánchez
Sinematografi: Emmanuel Lubezki
Suntingan: Douglas Crise, Stephen Mirrione
Studio: Regency Enterprises, New Regency Pictures, M Productions, Le Grisbi Productions, TSG Entertainment, Worldview Entertainment
Edaran: Fox Searchlight Pictures, 20TH CENTURY FOX (MALAYSIA)
Tarikh tayang: 22 Januari 2015

No comments:

Related Posts with Thumbnails