Followers
Friday, March 15, 2013
crack down at sundown
Memanpdangkan pertama kali akan tengok The Prodigy secara live dalam beberapa jam lagi, saya rasa nak pasang lagu mereka yang satu ni, "Their Law" tapi versi Clint Mansell. Yes, komposer untuk skor hebat filem Requiem For A Dream dan The Fountain, antaranya yang asalnya ada sejarah dalam perkembangan muzik elektronik atau 'grebo' (dapat dilihat pada soundtrack filem "Pi" bila dia turut mengundang nama-nama seperti Autechre dan Massive Attack). Ada sikit rasa ralat juga tak tengok filem Stoker awal-awal sebab itupun kerja muzik terbarunya. Sebab namanya selalu dikaitkan dengan pengarah filem Darren Aronofsky, tak perasan akan kerja skor filemnya untuk pengarah yang lain. Dan ulasan filem Stoker yang saya baca juga amat baik. Bila filem itu diterima baik, saya akan lihat nama pengarahnya, nama pelakon biasanya jatuh kat nombor dua.
Jadi, ada yang pernah dengar nama Park Chan-Wook?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
stoker tu filem nicole kidman terbaru kan? nice hehe
filem Nicole Kidman terbaru dengan kombo Park Chan Wook - pengarah dan Clint Mansell - music. ada study sikit pasal filem arahan Park sebelum ni iaitu Oldboy yang mengangkat namanya. Hollywood pun sibuklah nak buat remake Oldboy.... macam biasalah..
Post a Comment