Followers
Wednesday, October 17, 2012
BLACK METAL MOGWAI IS BLACK METAL (but then again.... sukar untuk tidak meletakkan kesalahan pada bahu Wolves in the Throne Room....)
Sukar untuk tidak meletakkan kesalahan pada bahu Wolves in the Throne Room yang membuatkan sesuatu yang berbunyi seperti black metal itu sudah tidak berkait dengan perkara-perkara Satanism lagi. Media seperti SPIN ada bahagian metal mereka yang mengangkat album Liturgy sebagai album metal terbaik yang kemudian menjadi bahan jenaka dengan brand 'Transcendental black metal' yang turut diterjemahkan sebagai "2deep4pitchfork fans and metalheads..." sedangkan black metal dari dulu lagi dah transcendental pun...dan kemudian kita ada band Deafheaven yang sebenarnya boleh saja kita panggil sebagai mengambil ilham Darkthrone dengan dua anggotanya cuma merakam muzik mereka di studio saja dan tidak membuat persembahan live sehingga keluar mitos yang mereka buat muzik dalam gua sedang hakikatnya Deafheaven ialah beberapa pemuzik dengan imej yang agak terang sifatnya (atau mungkin dalam bahasa anda : imej bersih, clean cut...) tetapi punya kecenderungan untuk memainkan muzik yang agak gelap. Bila rilisan demo Deafheaven mula diperkatakan kerana pada pengkritik ada sebuah band 'black metal' yang sedikit membuka dimensi baru, mereka mula mahu menyingkap rahsianya tapi yang dilihat ialah sebaliknya....
But then again.... sukar untuk tidak meletakkan kesalahan pada bahu Wolves in the Throne Room. Atau Agalloch. Anda melihat image breakdown...
Pembawaan semula Deafheaven pada lagu Mogwai - "Punk Rock/Cody" baru-baru ini sebenarnya buat lagu ni bertukar corak 360 darjah. Lama jugaklah saya tak dengar lagu Mogwai ni. Despite ramai yang kata ini versi black metal Mogwai, bunyi dia sebenarnya lebih berakarkan shoegaze yang sebenarnya akar Mogwai juga semasa mereka mengkaji muzik My Bloody Valentine. Kecuali vokal black-nya, versi Deafheaven ini buat saya teringat akan format terbaru muzik This Will Destroy You bilamana melalui trek "Little Smoke" pendengar membayangkan seorang mamat black metal telah menyertai TWDY lalu membentuk muzik doomgaze kerana TWDY dah tak tahan digelar ripoff Explosions in the Sky which i consider a smart move....
Tak seperti Liturgy (band tu ada idea yang baik, tapi kalau bercakap pasal fanbase ni memang macam celaka sikit...), saya amat gemarkan Deafheaven. Trek seperti "Exit:Denied" boleh membuka hari saya.
p/s: vokal intro pada lagu ni, tak seperti asalnya yang menggunakan sample suara Iggy Pop pada sebuah temuramah tentang punk rock sekitar 1969, ia sebenarnya milik William Faulkner. saya tak pasti petikan ucapan Faulkner tentang apa.
---------------------------------------------------------------------------------------------
Filem yang akan ditonton minggu ini : Sinister (dah tengok tadi. Filem seram yang agak baik juga kerana mengembalikan suspense yang saya rasa dah tak berapa nak suspense pada filem-filem seram sejak kebelakangan ini),... dan Frankenweenie. Next entry, DREDD. Jangan lupa group Movie Addict.
Labels:
black metal,
mogwai,
Music,
post metal,
post rock
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
deafheaven?sound interesting jugak band ni...
try test, bro. not bad.
Post a Comment