FRANK by numbers...
1. Saya pernah dipanggil unik. It's an insult. "Hey, I'm mental, call me unique then!" Seingat saya, saya cuma berbeza daripada orang lain. Berbeza. Itu lebih tepat. Dan anda pula nak ke langit dengan saya?
2. Fassbender komited dengan watak tanpa perlu membuka topeng Frank, seperti Karl Urban yang kekal dengan helmet Dredd sepanjang filem. Kalau egonya tinggi macam Stallone bukak helmet Dredd, memang hancur nanti.
3. Frank pula: the character is sick, and the music is his remedy. But what I learnt, muziknya refleksi kepada pemuzik yang tidak berkompromi dengan tuntutan komersialism a.k.a diarah oleh the power that be untuk mengubah sound dan penampilan supaya ianya boleh dijual. We don't call it unique, we call it kedegilan artistik. And I'm always sucker for his avant garde song, Secure Galactic Parameter. Which I guess, yang memanggilnya unik pun mungkin tak faham lagu ini. Sebab lidah mereka sesedap hati mengaitkan unik dengan depression. Yang bukan dalam kategori Frank. Dia kategori 'istimewa'. Tapi di luar filem, yang mengarang karya sebegini is gifted. And you're not. And you start to call them names.
4. Mental boleh dipanggil unik? Eksentrik? Again, that's an insult. Kalau Frank tak sakit sebegitu, dah lama lagunya macam tulisan arwah Adnan Abu Hassan.
5. Frank pada aku embody a real talent, dia sorang je dah power. Lagu-lagu tulisannya ada mencerminkan sifat itu dan juga kedegilan artistiknya. The problem is the people around him. Clara is just a really, really bad influence. Don mencerminkan bad management. Bila dia mati, kita melihat unmanagable band. Jon jadi bidan terjun untuk Don pun is a bad move, sebab dia cuba ubah creative direction pada band. 'Likable song' atau lagu paling mainstream yang ditulis Frank pun jauh sangat dari apa yang dibayangkan Jon. Kalau Jon fikir Soronprfbs sebagai batu loncatannya, dia memang silap. Ia bukan soal Jon nak menyelamatkan band dan band appreciate him like shit, but the band itself is just a wreck.
6. Pada aku, Jon dah salah gig. Dia ni market macam Ed Sheeran tapi pergi masuk band avant garde memanglah jadi makanan. Even Jon pun stuck untuk hasilkan lagu. Lagu dia crap. Dan susah nak letakkan salah pada bahu Frank sebab dia sakit. Jon should have notice from the very beginning. That said, ia menyakitkan bila muzik avant garde Soronprfbs dianggap gimmicky bila Jon menjual pada khalayak di Youtube dan ia tak difahami, never been taken seriously. Jon should have known earlier. Dia meletakkan kedua-dua; dirinya dan band dalam keadaan sukar. Dia patut masuk X Factor atau British Got Talents je, rather than bawa Soronprfbs kepada khalayak hipster di SXSW yang poser tentang muzik band itu sendiri.
7. Lagu Secure the Galactic Perimeter power sangat. Not a fan of "I Love You All". Tapi boleh tolerate Fassbender dengan gitar akustik.
8. Aku akan sentiasa kenal Carla Azar sebagai perempuan di belakang drumkit lagu Turnstile Blues. https://www.youtube.com/watch?v=UoC-tSER6I0
Pengarah: Lenny Abrahamson
Penerbit: David Barron, Ed Guiney, Stevie Lee
Lakonlayar: Jon Ronson, Peter Straughan
Lakonan: Domhnall Gleeson, Maggie Gyllenhaal, Scoot McNairy, Michael Fassbender Muzik: Stephen Rennicks, Carla Azar
Sinematografi: James Mather
Suntingan: Nathan Nugent
Studio: Film4, Irish Film Board - Bord Scannán na hÉireann, Element Pictures, Runaway Fridge Films
Edaran: Magnolia Pictures (US), Element Pictures (Ireland)
Tarikh tayang: 17 Januari 2014 (Sundance), 9 Mei 2014 (United Kingdom), 15 Ogos 2014 (United States)
No comments:
Post a Comment