Eddie Redmayne menang Oscar untuk kategori Best Actor melalui filem ini mengalahkan seorang lagi calon pilihan, Michael Keaton (untuk filem Birdman) yang jika nak diikutkan Eddie lebih bernasib baik kerana dia membawakan watak yang sememangnya sudah sedia wujud (berbeza dengan Keaton, watak Regan walaupun meta filem Birdman sudah seperti kisah hidupnya, dia membentuk personaliti Regan itu dari sifar). Bukan itu saja, pembawaan Eddie sebagai Stephen Hawking mendapat cop mohor dari si pemunya nama Stephen sendiri (selepas menonton rough cutnya) lalu Stephen membantu produksi filem ini dengan kontrobusi 'suara'nya sendiri (dalam bentuk alat bantuan bercakap yang dipinjamkan oleh Stephen, jadi Eddie menang Oscar tu semacam mengelatlah juga...). Tapi yang sebenar-benarnya, Eddie memberikan sepenuh penjiwaannya sebagai pakar fizik seawal usianya di kolej dan masih walafiat, bertemu Jane, mulai lumpuh dan meneruskan kehidupannya sebagai ahli fizik yang dikenali yang masih terus berkerja dan otak masih terus meneroka sehingga kini biarpun pada kekurangan gerak fizikal (lihat adegan akhir semasa persidangan sains).
Saya jadi cerdas bila menonton filem ToE kerana baru sahaja menonton filem Interstellar yang merujuk banyak teori yang dicadangkan Stephen. But the movie is not all about blackholes and revelation. Ia berat kepada hubungan Stephen dan Jane. Was it good? Yes. Hebat gila? Tak. Cukup untuk melihat betapa telitinya Redmayne memotret watak Hawkings di layar bagai kita melihat Hawkings yang sebenar. Tapi sesungguhnya, aku nak sangat tengok 'the making of Interstellar' dalam filem ni yang hampir-hampir saja nak berlaku sekaligus mengasingkan peminat genre romantik dari terus menghayati naskhah ini.
PLOT: Filem yang memaparkan tema drama dan biografi ini menceritakan tentang kisah perhubungan di antara seorang ahli fizik yang terkenal, Stephen Hawking, dan isterinya, Jane Hawking. Filem ini diarahkan oleh James Marsh dan ditulis oleh Anthony McCarten, dibintangi Felicity Jones, Eddie Redmayne, Emily Watson, Harry Lloyd dan ramai lagi.
Genre: Drama / Biografi
Tarikh Tayangan: 8 Januari 2015
Pengedar: UNITED INTERNATIONAL PICTURES
Pengarah: James Marsh
Pelakon: Felicity Jones, Eddie Redmayne, Emily Watson, Harry Lloyd
No comments:
Post a Comment