Followers

Friday, November 20, 2015

Ulasan filem: PANIC ROOM (2002)

"We can’t get in the panic room. That’s the whole point. We have to get her to come out."

Saya tonton Panic Room kerana Fincher. Betul, ianya biasa tapi saya suka sudut teknikalnya, mulai title sequence-nya (sejak SE7EN memang saya akan perhatikan intro title Fincher, dan kali ini kredit filem ini terapung, dan kita melihat Manhattan puas-puas sebelum minda kita kemudiannya terperangkap di satu tempat ini saja - bilik panik). Katanya, title ini saja dah ambil masa setahun untuk dibuat. Fincher melawak kot. Sebab dia buat filem satu lokasi begini pun untuk alihkan perhatiannya seketika daripada buat filem di banyak lokasi yang perlukan dia pack barang keluar masuk dalam trak.

Kemudian pada sinematografinya ( ada sedikit seperti Fight Club, tapi dikembangkan dan ianya menyerlah selepas Fincher menghasilkan video muzik Nine Inch Nails - Only, tiga tahun kemudian dan ini kemudian saya panggil sebagai 'gaya Fincher'. Fincher memanggilnya 'graphic fun'.). Dalam memerhatikan setiap sudut rumah dan bilik panik dan raksaksa di sebaliknya, kamera Fincher yang menggerakkannya dan gerak kamera gambar ini perlu dilihat dengan teliti. Dengan satu lokasi, Fincher mudah buat kerja kamera dia sebenarnya sebab semua dia dah susun dalam komputer. Kamera bergerak sesedap hati tapi watak-watak dalam filem terperangkap. Dengan aku-aku sekali pun stuck (seperti Meg dan anaknya, memikirkan bagaimana ingin keluar dari neraka klaustrofobik ini yang sepatutnya menjadi pelindung tapi dalam masa sama, ianya juga penjara - lihat ketika Sarah perlukan ubat sakitnya; itu bukannya perkara yang anda mahu hadap ketika sedang genting dalam bilik panik). Ia menyesakkan aku sebab aku nak kembali kepada awalnya filem ini: melihat mentari celahan bangunan tinggi kota Manhattan sambil menghirup udara.

Yang mengendalikan sinematografi ini ada dua orang, Conrad W. Hall dan Darius Khondji. Saya tak pasti mana satu yg prominen, tapi kedua-dua mereka ada portfolio yang impresif. Hall dengan filem Se7en, Fight Club, American Beauty dan Sleepy Hollow sebelum Panic Room manakala Khondji dengan filem The City of Lost Children, Evita dan juga  Se7en.  Kedua-dua memang pernah berkerja dengan Fincher, cuma untuk Panic Room, Khondji bertugas selama 6 minggu saja  sebelum Hall mengambil alih. Wasn't that bad. Saya suka kerja Hall untuk filem  American Beauty.

Panic Room meletakkan diri saya dalam keadaan yang menakutkan mengenangkan ada 3 orang asing yang memecah masuk ke rumah sendiri. Letak sorang yang macam Dwight Yoakam pun dah rasa jahanam, apatah lagi 3 orang, walaupun ada Forest Whitaker yang menimbulkan sedikit simpatetik sebab dia nak bon tu je, bukan nak serang orang pun but, hey! Kau dah masuk territory aku! That's how effective about Panic Room: mencipta rasa takut - neraka klaustrofobik, di rumah sendiri - sedang di luar, di Manhattan, di NY sendiri, macam-macam benda buruk yang berlaku.

Tarikh Tayangan: 29 Mac 2002
Pengedar: Columbia Pictures
Pelakon: Jodie Foster, Forest Whitaker, Dwight Yoakam, Jared Leto, Kristen Stewart
Tulisan: David Koepp
Pengarah: David Fincher

No comments:

Related Posts with Thumbnails