Berlatarkan era 70'an, 22 Oktober lalu di Stadium Merdeka bertukar wajah seperti era kegemilangan bolasepak negara (ketika dipimpin oleh arwah Mokhtar Dahari) sempena berlangsungnya sidang media dan pelancaran filem terbaru edaran Astro Shaw, OLA BOLA. Selain barisan pelakon dan pengarah, turut hadir ialah Henry Tan selaku Ketua Pegawai Operasi Astro dan Najwa Abu Bakar, Naib Presiden dan Ketua Astro Shaw merangkap Eksekutif Produser Ola Bola melancarkan filem ini.
Selepas kejayaan filem The Journey dan Polis Evo di layar perak, kini Astro Shaw bakal tampil dengan sebuah filem yang diinspirasikan dari peristiwa sebenar zaman kegemilangan bola sepak Malaysia era 1970'an iaitu ‘Ola Bola’. Karya arahan sutradara berbakat besar, Chiu Keng Guan (The Journey) bukan sahaja menyaksikan semangat juang tinggi pasukan bola sepak Negara malah turut memaparkan semangat perpaduan seluruh rakyat Malaysia yang bersatu menyokong pasukan Malaysia.
Dibintangi oleh ramai pendatang baru dalam dunia lakonan seperti JC Chee,Luqman Hafidz, Saran Kumar Manokaran, Marianne Tan,Katrina Ho, serta dibantu oleh Bront Palarae dan Frankie Lee. Filem ini dijangka bakal ditayangkan kepada umum pada tahun 2016.
Salah seorang pelakonnya, Luqman Hafidz merupakan seorang pelakon baru. Pemain terbaik Khairy Jamaluddin Cup 2014 ini berjaya mendapat watak utama sebagai Ali di dalam filem ini hasil gambar selfie-nya bersama Khairy Jamaluddin yang diletakkan di dalam resumenya. Bront Palarae pula sebagai Rahman,seorang pengulas sukan. Pihak produksi (Astro Shaw) telah menyediakan kelas selama dua bulan untuk pelakon yang terlibat bagi menghayati watak yang diberikan. Filem ini menjalani pengambaraan di Stadium Merdeka dengan 60 peratus Bahasa Melayu dan selebihnya dalam Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil.
No comments:
Post a Comment