Followers

Wednesday, August 05, 2015

Ulasan filem : FANTASTIC FOUR (2015)

Pada aku lah, masalah filem ni bukanlah approach dia yang nak jadi dark ke non campy ke apa (saya pun tak ada masalah dengan approach mereka pada Von Doom yang membuatkan Fantastic Four dah jadi filem horror...), tapi pacing dia yang bermasalah...

Pacingnya perlahan. Ia filem Fantastic Four dan kita pun tau tapi bila ia mengambil terlalu banyak masa untuk menjelaskan backstory Reed Richards (yang berkawan dengan Ben Grimm) dari kecil lagi membawa ke besar, membawa ke projek sains yang berabad nak siap, membawa ke science fair (pertemuan dengan Susan Storm dan kemudian Johnny Storm dan Von Doom), sehingga pada apa yang buat mereka menjadi Fantastic Four, ruang untuk mereka menyinar jadi semakin menyempit.

Filem superhero mutakhir ini dah jadi macam Batman Begins yang memeram perkara terbaik  dan tak ditonjolkan pada filem pertama sebab mereka yakin akan hasilkan sekuel yang akan jadi The Dark Knight mereka. Dan Fantastic Four pun bukanlah Batman begins kalau nak dibuat perbandingan.
That bad...

Sinopsis: Filem aksi, fantasi dan sains fiksyen ini mengisahkan tentang empat orang yang memperolehi kuasa luar biasa setelah menjelajah ke sebuah dunia yang merbahaya. Mereka kemudian perlu belajar mengawal kuasa mereka dan bekerjasama mempertahankan bumi dari serangan luar.

Klasifikasi: P13
Genre: Aksi / Fiksyen Sains / Fantasi
Tarikh Tayangan: 6 Ogos 2015
Pengedar: 20TH CENTURY FOX
Pengarah: Josh Trank
Pelakon: Kate Mara, Miles Teller, Jamie Bell, Michael B. Jordan, Toby Kebbell

1 comment:

eddeved said...

Jupiter Rising satu! itu baru filem hantu!

Related Posts with Thumbnails