Perlu akui yang Dark Places tak berapa saspen untuk sebuah filem murder mystery Satanic biarpun ada nama Gillian Flynn (adaptasi novel ke filem yang kedua selepas Gone Girl) untuk memancing penonton, biarpun dengan lakonan mantap Charlize Theron,Christina Hendricks,Nicholas Hoult dan Chloë Grace Moretz.
Hakikatnya, jika filem Dark Places ini ialah seorang individu yang anda baru temui dan mengaku dia seorang Satanist tahap ekstrim, anda mahu mengkritiknya kerana nipis sangat kesetanannya yang boleh dijelaskan sebagai tak ada ritual belah anak kucing hitam, asal boleh ambik dadah je dah boleh dipanggil satanist, falsafah setan yang tak dikembangkan, pada satu masa anda nampak poster Slayer tapi dengung Slayer pun anda tak dengar. Anda nak panggil dia macam metalhead tapi tak ada arah. Sambil menyarung t-shirt Misfit, dia hangguk kepala macam poser, tapi lawaklah juga. Dan Dark Places dari awal ke akhir memang serius nak mati kecuali beberapa perkara seperti pertemuan antara Libby Day dan Lyle Wirth sebab Lyle nampak macam goofball kerana obses dengan kes pembunuhan keluarga Day yang dikatakan ada kaitan dengan cult Satanic (...kalaulah anda tak lihat Lyle macam date rapist), yang membawa kepada Kill Club, sebuah kelab penyiasat amatur bawah tanah yang memuja kes Libby, cuba membebaskan abang Libby, Ben, prime suspect yang dipenjarakan kerana testimoni Libby sendiri dan lawak juga sebab gerakan Kill Club ini dah macam parti Halloween.
Jika dibuat perbandingan, lapisan filem Gone Girl lebih tebal, kerana ada penonton yang hanya nampak misteri kehilangan Amy sahaja yang telahpun dirungkai di tengah filem, tetapi yang sebenarnya ia melihat ke dalam-dalam akan institusi kekeluargaan dan peranan media. Jika dirujuk dari teks tulisan Gillian Flynn, Dark Places juga punya lapisan yang sebenarnya mendedahkan kita tentang status sosial di kawasan perkampungan America, di mana berlaku kemiskinan yang agak meruncing dan fokus kita ialah pada keluarga Day. Si ibu yang menjaga empat anaknya bergantung harap pada hasil perladangan yang kurang membuahkan hasil sedang si ayah tidak menghiraukan tanggungjawabnya. Dalam filem, anda melihat Charlize Theron sebagai Libby menunjukkan betapa dia 'fuck the media', berbeza dengan Nick dan Amy dalam Gone Girl yang menggunakan kuasa media. Gillian juga menulis tentang Satanist cult yang menjadi ikutan di era 1980'an, tetapi di tangan pengarah Gilles Paquet-Brenner yang turut mengadaptasi lakonlayarnya, banyak perkara yang saya kira penting dari teks asal Dark Places tidak berjaya diterjemahkan ke dalam bentuk filem yang berdurasi cuma 2 jam ini. Anda mahu merasai kepayahan Patty membesarkan anak-anaknya pun tak terdaya. Apatah lagi merasai kesetanan yang mulai meresap ke dalam diri Ben yang cuma diterjemahkan ke bentuk lakaran dalam buku, itu saja. Tiada perkara occult yang pelik di bawa ke rumah. (Kalau ikut kamus filem ini, scene Chloe Moretz tengok Dee Snider di TV pun dah cukup setan....)
Secara teknikal juga, Dark Places tampak seperti kerja filem yang dibikin untuk siaran TV membuatkan pengalaman saya tidak begitu sinematik, biarpun tenaga kerjanya bukan calang-calang seperti Barry Ackroyd (pengarah fotografi filem The Hurt Locker) Laurence Bennett (rekaan produksi filem The Artist) dan Douglas Crise (suntingan untuk filem Birdman). Malah untuk saya yang agak kritikal dengan kerja score pun merasa kerja BT dan Gregory Tripi agak malas, atau kurang menyesakkan. Bagaimanapun saya masih mahu menyayangi filem ini kerana penyertaan band shoegaze Belong ke dalam runut bunyinya, 4 lagu dalam filem termasuk satu lagu di kredit penamat. Itu my discovery of the year lah... Sebenarnya, suka juga tengok Furiousa dan Nux dari Mad Max jadi partner dalam keterpaksaan semula, cuma, pengarah French ni bukan Fincher.
Pengarah dan lakonlayar: Gilles Paquet-Brenner
Berdasarkan novel Dark Places tulisan Gillian Flynn
Studio produksi: Denver & Delilah Films, Hugo Productions, Mandalay Pictures
Pelakon: Charlize Theron, Nicholas Hoult, Chloe Grace Moretz, Tye Sheridan, Corey Stoll, Christina Hendricks
Sinematografi: Barry Ackroyd
Suntingan: Billy Fox, Douglas Crise
Muzik: BT, Gregory Tripi
Edaran: GSC Movies
Tarikh tayang: 25 Jun 2015
1 comment:
infonya sangat bermanfaat,,,
mantap,,,.
Post a Comment