Followers

Monday, June 15, 2015

Ulasan filem: SHE’S FUNNY THAT WAY

Kehidupan seorang call girl berubah selepas dia bertemu dengan seorang pengarah persembahan pentas yang membuatkan dia meneruskan cita-citanya untuk menjadi bintang Broadway hanya untuk melihat plot hidupnya makin berselirat dek kerana terlalu banyak kebetulan yang berlaku yang benar-benar menghuru-harakan sepanjang 93 minit filem ini berjalan. Kebetulan-kebetulan ini untuk tujuan komedi, maka terhiburlah sedikit walaupun adakalannya masuk air. Sebab-sebab untuk menonton ialah kerana ada nama-nama seperti Owen Wilson, Will Forte, Rhys Ifans dan Jennifer Aniston. Peminat Pulp Fiction mungkin bakal tersedak soda bila nak masuk hujung cerita.

Diterbitkan oleh Wes Anderson dan Noah Baumbach yang nak sangat lihat mentor mereka , Peter Bogdanovich buat filem supaya mereka boleh jaja di festival filem tapi zaman 'terer gila' Peter Bogdanovich telah lama berlalu (ada perasa Woody Allen sedikit). Saya gemarkan pembawa watak call girl, si Imogen Poots, tak tahu kenapa. Ada charm yang tersendiri. She's in Need For Speed (tak minat filem tu) dan A Long Way Down (belum tengok, akan tengok) too? Rhys Ifans memang handal dengan watak celaka sebegini dan Jennifer Aniston masih sedap ditonton di layar.

Pengarah: Peter Bogdanovich
Edaran: GSC Movies
Tarikh tayangan: 7 Mei 2015
Klasifikasi: 18
Genre: Komedi / Drama
Pelakon: Owen Wilson, Imogen Poots, Kathryn Hahn, Will Forte, Rhys Ifans, Jennifer Aniston

No comments:

Related Posts with Thumbnails