Followers

Thursday, June 18, 2015

Ulasan filem: DELIVER US FROM EVIL (2014)


There are two types of evil in this life: secondary evil, the evil that men do. And primary evil, which is something else entirely.

‪#‎invocamvs‬. Ini perkataan yang dicatit di salah satu poster filem ini, hampir kepada perkataan latin 'invoco' atau 'invocatus', maknanya conjugation yang membawa maksud:1. call upon, invoke 2. pray for. Bunyinya seperti The Conjuring, kerana, ya, ianya seperti spinoff The Conjuring.

Seperti yang saya pernah sebut, filem ini boleh jadi filem spin off The Conjuring yang berjaya (sebab Ralph Sarchie berguru dengan pasangan Warrens bila dia dah mula mengendalikan kes exorcism) tapi disia-siakan, selain tiada connection langsung dengan pasangan Warrens tapi boleh diterima kerana mahu menumpukan pada Ralph dan Mendoza sebagai duo yang berlainan latar kepercayaan mereka berhubung kes kerasukan, ibarat Mulder dan Scully. Berbeza pendapat tapi perlu berkerjasama.

Sebelum menonton, memang harapan saya filem ini sebaik arahan Scott Derrickson yang terdahulu, Sinister (yang membawa pengalaman sinematik drone doom melalui penyertaan trek Sunn O))) ke dalam filem tersebut) tapi ternyata ini filem yang berbeza. Plotnya merujuk kisah yang pernah berlaku, ditulis sendiri oleh Ralph Sarchie, seorang pegawai polis NYPD (lakonan Eric Bana) di mana dia berdepan dengan pelbagai hal peribadi, mula menyiasat siri jenayah yang sukar dirungkai, yang dipercayai kes paranormal sedang dia seorang yang skeptik dan beranggapan ia hanya kes-kes pembunuhan sepertimana yang pernah ditanganinya. Apabila sesetengah perkara tidak dapat dijelaskan dengan cara penyiasatan yang biasa, datang paderi bernama Mendoza (Edgar Ramirez) yang sering menangani kes-kes kerasukan dan cerita berjalan dengan dia cuba meyakinkan Ralph yang kes yang didepani mereka bukanlah kes pembunuhan biasa. Kalau anda tonton, memang ada visual-vsual yang menerapkan elemen seram (kadangkala gore) yang biasa ada di dalam filem kategori sebegini, cuma ia tidak 'bone-chilling' seperti tulisan Ralph, malah transisi dari skeptik ke 'believer' Ralph juga tidak dikembangkan dengan baik. Saya rasa saya macam dengar dengunan Sunn O))) yang sipi-sipi tapi masih tak membantu menjadikan Deliver Us From Evil sebagai filem seram yang baik, sebagaimana The Conjuring.

Klasifikasi: 18
Genre: Aksi / Jenayah / Seram
Tarikh Tayangan: 3 Julai 2014
Pengedar: SONY PICTURES
Pengarah: Scott Derrickson
Pelakon: Eric Bana, Olivia Munn, Joel McHale, Sean Harris, Édgar Ramírez

No comments:

Related Posts with Thumbnails