Followers

Saturday, May 23, 2015

Ulasan filem: RIGOR MORTIS (2013)

Sekitar 10 tahun dulu masa selalu beli majalah Milk dari Hong Kong, rupanya saya selalu nampak nama dan muka si pengarah Juno Mak, pengarah filem ini. Dia ni seorang rapper, duta fesyen merata-rata. Kalau dari segi gaya dan bahasa visual, Rigor Mortis memang awesome. Tak seram bagi saya, mungkin seram bagi orang lain tapi ada satu masa dan ketikanya ia boleh jadi macam Kung Fu Hustle dalam versi yang amat gruesome. Plotnya pula berkisarkan Chin, seorang pelakon filem pontianak di mana dia telah berpindah di kawasan perumahan awam untuk memastikan dia tidak berseorangan di dalam sebuah apartment yang berhantu.

Rigor Mortis juga mengingatkan saya pada filem seram HK, Hocus Pocus era 80'an dulu yang seram bagi saya dan hantu melompat dijelmakan kembali oleh Juno melalui filem ini. Filem ini buat saya mengidam nasi pulut goreng cina.

Filem ini saya tonton ketika slot marathon filem seram bulan Oktober 2013 (sempena Hallloween) anjuran Nuffnang di GSC 1Utama.

Klasifikasi: 18
Genre: Aksi / Seram
Tarikh Tayangan: 24 Oktober 2013
Bahasa: Kantonis
Pengedar: GSC MOVIES
Pengarah: Juno Mak
Pelakon: Chin Siu Ho, Kara Hui, Lo Hoi-pang, Paw Hee Ching

No comments:

Related Posts with Thumbnails