Followers

Thursday, May 14, 2015

Ulasan filem: FURY (2014)

Wardaddy: Why are you here? You're here to kill him. You know why he's here? He's here to kill you. He's here to kill you. He's here to rip your throat out, put a bullet in your… I'm trying to teach you something. Are you here to get me killed? Are you going to get me killed? I need you to perform. Just get it over with. Just get it over with.
Norman Ellison: I can't do it.
Wardaddy: Yes, you can. I know you can. He kills you or you kill him. It's simple math. You or him: pick.
Norman Ellison: Just kill me, kill me, kill me, kill me, kill me, please. I can't do it.

Sebelum filem Suicide Squad yang diarahkan oleh David Ayer bakal keluar dan dipenuhi cercaan pengkritik dan fanboys (ejakulasi pramatang tapi nampak berkurang sejak munculnya Harley Quinn), ketahuilah bahawa Ayer pernah ada kredit menulis filem pertama francais The Fast & The Furious, kalau mengarah pula - dengan pendekatan militari yang ditunjukkan melalui filem Sabotage (kritik tak suka) dan filem ini (kritik menyebelahi). Dan saya suka filem ini.

Di sini, Brad Pitt menunjukkan kepimpinannya di samping pelakon-pelakon yang jauh lebih muda daripadanya. Seperti adegan di atas yang agak intense. Kemudian bertukar karakter melalui adegan meminta gadis Jerman menyediakan telur goreng penuh tertib sedang dia membersihkan diri, di ambang perang, amat saya gemari sebelum ia ditutup dengan "kau ingat ini sebuah perkahwinan?" , entah kenapa ia meruntun emosi buat saya yang menonton seorang diri di TGV Indulge.

Yang saya perlu beri perhatian juga ialah Shia LaBeouf pembawa watak Bible. Dia pelakon yang bagus, malah ada potensi sejak Even Steven lagi tapi kariernnya tak menentu sejak sellout dengan Transformers. Melalui Fury, dia menyerlah malah sempat acah-acah method acting ala Daniel Day Lewis dengan menoreh wajah sendiri dan tak mandi, cukup untuk buat rakan sejawat bengang di set lakonan. Bukankah itu perasaan yang seharusnya diwuudkan dengan latarbelakang filem ini yang penuh kehancuran?

Tapi yang lebih penting ialah persembahan Logan Lerman sebagai Pvt. Norman "Machine" Ellison yang bergraduasi setelah lebih dikenali sebagai bintang remaja melalui siri filem Percy Jackson. Emosi yang ditunjukkan oleh Logan dalam Fury memberi cap mohor yang dia ialah rising star yang perlu diberi perhatian jika ada filem baru lakonannya nanti.

Melihat filem ini, mungkin Ayer pilihan yang tepat untuk filem skuad bunuh diri DC. Yang badass dan masuk air mungkin boleh nampak di Sabotage, tapi di sini, dia sangat sinematik dan saya menghargai setiap waktu saya menyaksikan Fury seorang diri di panggung TGV Indulge 1 Utama bagaikan ia panggung saya yang punya.

----------

Arahan & tulisan: David Ayer
Lakonan: Brad Pitt, Shia LaBeouf, Logan Lerman, Michael Peña, Jon Bernthal, Jason Isaacs, Scott Eastwood
Muzik: Steven Price
Sinematografi: Roman Vasyanov
Edaran: Columbia Pictures / TGV Pictures

No comments:

Related Posts with Thumbnails