Hebat filem ni sebab ada Captain America, Punisher dan Superman di bawah director yang patutnya direct Ant-Man (which is a big loss sebab filem ni memang gila). Ada Michael Bacall yang turut menulis 21 Jump Street dan Project X (dan sedang tulis spinoff Tropic Thunder: Les Grossman). Ada Shynola yang design film title which i'm glad pernah jumpa mereka for an hour lenght interview masa datang Malaysia. Ada produser Radiohead untuk muziknya. Turut ada Broken Social Scene dalam versi punk. Filem ni sepatutnya UIP yang pick up untuk theaterical release di Malaysia tapi di minit-minit akhir tak berlaku. Ianya mimpi basah fanboy sebelum keluarnya Avengers.
Filem ni memang sandwich. Ambil budaya geek 90'an (muzik + komik + video game 8bit/16bit), diapit dengan fesyen hipster dan cerita tentang memenangi seorang gadis, dan anda dapat premis ini. Ceritanya yang sangat mudah, tetapi ia nampak pelik dengan bahasa grafik dan estetika visual yang menuntut seluruh perhatian anda tapi ia menarik juga ( kena ulang tonton banyak kali memikirkan setiap maklumat grafik yang memenuhi setiap adegan dalam filem, memang macam permainan video ...) . Sejak saya membesar sebagai remaja di era 90'an, filem ini adalah sesuatu yang saya boleh kaitkan dengan diri sendiri, tetapi ye lah, ia jadi asing bagi mereka yang tak biasa dengan subculture ini. Bagi kat budak-budak zaman sekarang, mereka tak faham dan mereka akan pilih Percy Jackson. Bagi kat bapak budak yang pernah jadi remaja di era 90'an pun mereka tak faham kecuali yang masih remaja dan stuck di era 90'an.
Ramai perempuan yang tonton filem ini fikir mereka ialah Ramona Flowers (termasuklah bekas kekasih) tanpa mereka sedar kedudukan mereka berada di antara budak underage yang cepat sentap si Knives Chau atau si kejam Natalie "Envy" Adams tapi saya boleh confirm semua orang macam Scott Pilgrim, loser yang tak tau berapa nilai dirinya di dunia. At one point, ada juga yang mendambakan Scott supaya mereka dianggap macam Ramona but it didn't work that way. Heck, Ramona pun ada saat-saatnya yang fragile.
Dan nilai hidup kita dah macam koin-koin yang dikutip Scott. Mati pun mudah.
Arahan : Edgar Wright
Lakonlayar : Edgar Wright dan Michael Bacall berdasarkan novel grafik Scott Pilgrim oleh Bryan Lee O'Malley
Lakonan: Michael Cera, Mary Elizabeth Winstead, Kieran Culkin, Chris Evans, Anna Kendrick, Alison Pill, Brandon Routh, Jason Schwartzman
Muzik: Nigel Godrich
Sinematografi: Bill Pope
Suntingan: Jonathan Amos dan Paul Machliss
Studio: Big Talk Films
Edaran: Universal Pictures
2 comments:
if you read the paperback...ha ha! gila lain citer dia...it took me four month to order the paperback...memang, budak zaman dulu aku rasa aku aje yang layan...mamat Scott nih loser, tapi dia ada stail macam Good Will Hunting sikit...lawan tak nak kalah aje! A genius loser...ha ha!
Kawan aku ada paperback dia. Cuma belum ada masa nak menela'ah. Bila aku ingat semula ramai kawan2 yg terer melukis tapi diorang sucks at storytelling jadi aku harap sangat diorang rujuk si Bryan o Malley ni.
Post a Comment