Seperti yang saya sering sebut, patut bagi Remy Ishak sikit dialog dalam filem KOLUMPO ni or else saya assume watak dia sebagai bangla yang melepak di mapley. Saya juga mengharap watak yang dibawa oleh Sabri Yunus dan Rosnah Mat Aris diberi storyline yang lebih prominent sejak ada yang bertanya filem Kolumpo ni pasal apa. Ianya apa yang anda lihat. Kalau tak dapat juga, tengok balik dan lihat di sekelilingnya. Kolumpo juga lebih baik jika ia dipanjangkan dengan cerita yang saling berkait berbanding dengan 3 cerita yang berbeza. Itu cabaran yang saya beri buat pembikin filemnya. Filem ini saya tonton di TGV Wangsa Walk bersama bekas housemate ketika nak masuk minggu terakhir filem ini ditayangkan yang nasib baik masih ada separuh panggung ini ada hati ingin menontonnya.
Sinopsis: "Kolumpo" mengisahkan Rahul, seorang pendatang dari India baru tiba di bandar dan mengetahui syarikat yang menawarkan pekerjaan kepadanya telah pun muflis. Dia telah dibantu oleh seorang pemilik restoran dan memulakan kehidupan di ibu kota sebagai pekerja tanpa izin. Di Setapak, Gienna adalah seorang wanita berbangsa Cina dalam lingkungan umur 30-an. Dia seringkali mengelak panggilan telefon dari ibunya. Pada satu hari dia telah membantu seorang wanita tua nyanyuk untuk mencari rumahnya. Di Ampang, Haffid, seorang pemuda telah bertemu dengan seorang gadis di stesen LRT selepas mereka ketinggalan tren terakhir. Hafidd yang tidak pernah bercinta menganggap kejadian yang berlaku adalah takdir dan harapan untuk bertemu cinta pertamanya. Tiga kisah berbeza dalam sebuah filem mencipta satu kelainan yang mengejutkan dan hubungan antara manusia yang memberikan kehidupan di bandar. (Sumber: TUPAI.COM.MY)
Genre: Drama
Tarikh Tayangan: 5 Disember 2013
Bahasa: English / Malay / Tamil / Cantonese
Penerbit/Pengedar: Otto Films Sdn Bhd / PRIMEWORKS STUDIOS
Pengarah: Bront Palarae, Rozi Izma, Sheikh Munasar
Pelakon: Sharifah Amani, Azad Jasmin, Ruminah Sidek, Shoffi Jikan, Nell Ng, Mano Maniam,Emily Poon, Sabri Yunos, Amerul Affendi, Azhan Rani, Along Eyzendy dan memperkenalkan Amirul Ariff.
No comments:
Post a Comment