Followers

Sunday, February 16, 2014

[music friday] Deftones - Koi No Yokan & How To Destroy Angels - An Omen EP



Sebelum tu, layan trailer kat atas tu dulu. Video teaser album terbaru Deftones - Koi No Yokan yang saya kerap ceritakan sejak akhir-akhir ini. Saya rasa tak perlu cerita panjang pasal Deftones tapi mungkin saya boleh cerita sedikit pengalaman saya sebagai 'penyampai spoiler' album terbaru di pasaran sebelum orang lain dengar dulu beberapa tahun lalu, amalan zaman pra-digital yang kadang kala masih dipraktikkan hari ini. Ambil contoh macam Linkin Park (LP) nak promote album baru masa tahun 2007 dulu, maka dibawanya Chester Bennington ke Malaysia untuk tujuan promosi sebelum tarikh pelancarannya. Chester tak pergi ke negara Asia Tenggara yang lain, saya pun tak tau apa istimewanya Malaysia ni, sampaikan wakil media dari negara lain macam Indonesia, Singapura dan lain-lain perlu diterbangkan ke Malaysia semata-mata untuk diperdengarkan dengan bahan terbaru dari LP dan ada ruang untuk bertanya dengan Chester sendiri, ada la dalam 2, 3 soalan,... tak sampai berapa minit pun daripada berjam-jam perjalanan mereka ke tanahair yang banyak membuang masa mereka (tak apalah,... record label dah cover flight apa, boleh jalan-jalan cari makan... Siapa la lagi yang bercerita tentang keindahan negara kita ni...) Dengan kertas dan pen, saya meneliti setiap lagu yang didengar sekali harung itu, dan beri ulasan secara kasar. Ini bukan cara saya sebenarnya, sebab saya tak boleh dengar sebuah album itu sekali saja dan kemudian tulis sesuatu tentangnya, beri judgement macam tu je, sebab nanti mesti saya tertinggal sesuatu. Mujurlah masa tu ada lebai google, dan saya boleh rujuk beberapa ulasan dari media antarabangsa yang turut mendengar preview album LP ini. Nak harap rakan media tempatan memang macam lepas batuk di tangga sebab yang ditulis mereka bukan muzik LP tu tapi rungutan mereka pasal nak lepas checkpoint berjumpa Chester yang macam nak lepas imegresen airport Los Angeles. Cerita betul....
   Apa yang saya tulis berdasarkan pengalaman mendengar album sekali harung itu akhirnya jadi bahan paparan untuk muka depan majalah semasa album LP baru keluar sebagai promosi walaupun saya agak kritikal ketika itu dengan menuduh LP mengkhianati genre anutan mereka iaitu nu metal. (Editor saya sendiri cakap, macam saya nak sabotaj album LP yang saya tak berapa minat tu..) Sampaikan ada sorang budak ni yang nak sangat jumpa Chester bila nampak saya turun dari hotel tempat berlangsungnya majlis pradengar terus menerpa seraya bertanya, "Macam mana, bro?? Macam mana???? Ada benda special??????" Nak je saya jawab, "Forget it! Forget everything you ever wanted to hear about Linkin Pork! Baik ko dengar Neurosis!" tapi saya simpan dalam hati....
   Kali terakhir saya dituntut mendengar album terbari dari syarikat rakaman rasanya semasa awal tahun, ketika Evanescence bakal buat konsert di sini supaya saya mengkaji sedikit muzik mereka sebelum bertanya soalan yang bukan-bukan. Dan saya tetap rasa macam banyak buang masa saya nak ke ofis major label di tengah-tengah kawasan kilang ni. (Dan lepas tu, saya tetap kena mengadap muka Amy Lee jugak depan-depan sebelum konsert untuk sesi temubual sampai saya dah tak ada soalan dah nak ditanya.). Tapi saya kira itu lebih baik daripada band tempatan yang jemput media tempatan ke majlis pelancaran album tetapi tak diberi album untuk pradengar terlebih dahulu. Pradengar ini penting bagi saya supaya media dapat gambaran akan muzik yang mereka mainkan sebab memang betul pun, wartawan dari media arus perdana ni kadang-kadang boleh tanya soalan yang bangang juga macam, "Apakah jenis muzik yang Bittersweet mainkan ni? Kenapa macam The Beatles?" sedangkan dah sah-sah band tu dah bertahun-tahun main muzik bermula era meledak indie dan era PR major label dah tak pandai buat kerja sekitar 5 tahun dulu. Saya dan seorang rakan, Aidil hanya boleh tergelak di belakang mendengar soalan wartawan ini. Saya tak ada soalan nak ditanya sebab masa tu jugalah baru mereka nak bagi CD untuk kami dengar. Tunggu saya dengar dulu, kemudian barulah saya ada soalan nak ditanya.  Hari ini, pradengar dah tak sesukar dahulu lagi. Dulu kalau tak hantar CD ke pejabat kami, kami yang nak kena pergi pejabat mereka, sekarang major label atau pengurusan artis akan hantar link beberapa lagu untuk kami, media nilaikan dan kemudian kami tulis plot-plot spoiler ini buat pembaca dan peminat dalam artikel dan ruangan ulasan album. Dan hari ini pulak, Deftones dan Trent Reznor kata tak payah nak tunggu media tulis ulasan album, bagi peminat atau pendengar yang skeptikal terus dengar album mereka yang disimpan di ruang Soundcloud dan Hype Machine yang kualitinya lebih baik daripada CD yang dikompres banyak kali ke bentuk mp3. Peminat terus tulis ulasan mereka dalam blog peribadi. Dan akhirnya kritik macam kami yang dah tak macam nak kritik ni, macam juga PR dulu2, pun dah tak ada fungsi. Saya rasa lebih baik begitu supaya masa kami tak terbuang banyak sangat nak melompat dari satu record label ke satu record label ke satu album lanching. Kalau tak kerja kami ni banyak nak menghabiskan kopi dan air mineral di pejabat anda. Nina, kuih yang awak bagi kat listening room masa nak interview Suede tahun lepas tu sedap la... Awak pasti kandungan gulanya rendah? Kalau tahu, saya dah tapau bawak balik....



...yang membawa kita kepada pradengar album hari ini. (Kalau saya ada radio show macam zaman Alternation // Rock It Her Way dengan Maya Suraya sekitar 2006/07 dulu, memang rasa nak pasang habis satu album di atas kat Angkasapuri. Daryl Hayden dan Redza Saturnine pernah buat perkara yang serupa masa dengan album Korn - Follow The Leader, Marilyn Manson - Mechanical Animals dan Koffin Kanser - EP Breed New Agenda masa zaman radio show Undercurrent sekitar 1998).

1 comment:

Adi Herman said...

Wow? Bro pernah interview Suede ke sebelum ni? Anyway di zaman yg serba canggih skrg ni, medium seperti soundcloud dan reverbnation memainkan peranan besar dalam proses untuk pradengar lagu2 seseorang artis kepada peminatnya. Wow...bro, gua pun dah lama tak layan Deftones...Koi No Yokan tu ok la cuma tak dapat nak celen 4 album pertama mereka dulu.

Related Posts with Thumbnails