"We Drift Like Worried Fire" dari Godspeed You! Black Emperor, dipetik dari album terbaru, 'Allelujah! Don't Bend! Ascend!' bakal rilis secara rasmi pada 18 Oktober 2012 melalui label CONSTELLATION .
Constellation Records ialah antara 3 subjek utama Kenneth Thomas melalui dokumentarinya, Blood, Sweat + Vinyl: DIY in the 21st Century selain Neurot Recordings dan Hydrahead tentang semangat DIY pada label-label bebas ini yang berakar dari punk rock dan membuka persoalan adakah semangat DIY ini masih mekar di era muzik digital sedang label-label ini masih lagi beroperasi dengan cara punk, masih merilis album fizikal. Macam Godspeed You! Black Emperor sendiri yang kali terakhir keluar album ialah 10 tahun lalu melalui Yanqui U.X.O., permintaan pada album terbaru ini amat overwhelming sampaikan pesanan pada versi LP terpaksa dihentikan dulu kerana kehabisan stok dan kena tunggu cetakan yang seterusnya. Sesetengah label macam Hydrahead tak dapat bertahan juga dengan kedegilan artistik dan kekal DIY sehingga label mereka terpaksa ditutup, tapi Constellation masih kekal dan tahun ini genaplah 15 tahun kewujudan mereka.
Kalau agak asing dengan rilisan keluaran Constellation, cubalah dengar mixtape di bawah sempena 15 tahun kewujudan mereka. Saya suka kesemuanya, dari mula trek Hangedup sampai Eric Chenaux. Mungkinlah saya nak highlight kat Sandro Perri.
anyway, cerita Kaki Bakar tu memang gritty dan berselut...
2 comments:
nice entri bro...oh ya sample music dari soundcloud memang ada bunyi mcm runut bunyi cerita Kaki Bakar...lama dah cerita tu...zaman bila ek, tak ingat dah haha
bunyi trek dari Youtube tu yg saya consider macam Kaki Bakar, sebab asalnya pun dari sebuah trek GY!BE dgn nama 'Gamelan' (cuba cari versi bootleg lagu ni yg mereka rakam sekitar 2003) yg buat saya tertanya2 juga punca inspirasinya. Macam juga trek Johnny Greenwood - "Henry Plainview" yang orang panggil sebagai mimpi ngeri bunyian THX setiap kali keluar logo tu time nak tengok wayang tapi lebih ramai orang kaitkan dengan trek "Threnody for the Victims of Hiroshima" dari Krzysztof Penderecki yang digunapakai oleh Stanley Kubrick dalam filem The Shinning.
Post a Comment