Followers
Sunday, November 06, 2011
"macam baru semalam dia ambik gambar ni kat belakang rumah dia..."
itu reaksi terawallah bila tengok versi bercetak ROTTW terbaru V.173 dengan cover Nirvana,... dia punya tahap kualiti print, resolusinya..... terima kasihlah pakcik Photoshop dan Lightroom.
ini merupakan isu tribute khas buat Nirvana dan album yang banyak mengubah lanskap muzik komersil, terutamanya rock - "Nevermind". satu dunia sebenarnya meraikan ulang tahun ke 20 album ini. kat Malaysia sendiri, minggu lepas di Zouk ada tayangan filem dokumentari The Year Punk broke yang merupakan dokumen perjalanan band Sonic Youth semasa ke Eropah pada pertengahan 1991 yang turut menjemput Nirvana sekali, tapi masa tu Nirvana belum popular satu dunia lagi, Nevermind pun belum rilis lagi.
banyak sebenarnya yang saya nak cerita tentang sejarah saya dan Nirvana. isu ini bagaimanapun bukanlah bersifat peribadi bagi saya. saya cuma fokus pada waktu ketika album Nevermind dibikin. cerita lain macam hari-hari terakhir Cobain saya kurang highlight-kan. pada saya, itu semua satu dunia dah tahu. saya mahu fokus pada legenda Nevermind yang sebenarnya organik saja pembuatannya. tiada magis mahupun formula tertentu yang membuatkan album itu naik di carta Billboard 20 tahun dulu hingga menolak kedudukan Raja Pop, Michael Jackson yang pada tahun yang sama turut merilis album Dangerous.
tetapi bila saya mendengar kembali album Nevermind, kali ini saya cuba mengkaji lirik-lirik yang ditulis Cobain. sejujurnya, sebelum ini saya kurang ambil endah. bukannya sebab sifat tak peduli tapi dalam 15 atau 16 tahun dulu, semasa mendengar album ini, liriknya tidak dicetak secara penuh di inlay albumnya. buku lirik yang saya temui (yang kerap disalin fotokopi oleh rakan-rakan) sebenarnya ialah transkripsi kasar oleh peminat-peminat Nirvana dan bukannya dari sumber asli, sejak matinya Kurt Cobain. jadi banyak jugalah interpretasi pelbagai tentang lirik-lirik tulis Cobain.
menulis kembali tentang album bersejarah ini di era internet memang ada sedikit bezanya...
kalau kalian jumpa ROTTW isu terbaru ini di kedai-kedai buku berhampiran atau di mamak penjual akhbar mahupun 7 Eleven dan membelinya, sila beri komen kalian. saya sebenarnya perasan kekurangan semasa menghasilkan isu tribute ini. perasan sangat. tapi biarlah kalian baca dulu. lepas ni kalau saya ada masa, kita bercerita panjang pasal Nirvana.
bak kata Cobain, "You're in a high school again...". indeed.
Labels:
kurt cobain,
nevermind,
nirvana,
rottw
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
mesti kena rembat!
macam yg saya sebut, kalau ada yg terperasan, saya terkurang satu perkara dalam tulisan Nirvana tu.
Post a Comment