Followers
Friday, May 26, 2006
"we conquer" : post-war post
Ini ialah ruang selamat untuk sebuah cerita tentang kebangkitan.
Jangan terlalu banyak berjanji.
At least I did, walaupun, exhausted dan tak pulang ke rumah sewa ,... like 3 weeks.
Lokasi saya sekarang: Shah Alam - rumah sewa + tempat penghasilan catan. Batu Caves - tempat kerja dan stress dan membuli awek intern graphic dan menyusahkan hidup si kerani misteri "yang malas", ibarat kata Ojets.
Terengganu, tempat menonton siaran tv kabel tanpa henti, summer blockbuster, tiada fokus hidup dan tempat di mana seni itu mati, telah ditingalkan sejak akhir December lepas. kerana patah hati juga, tidak pulang ke Terengganu. di Lembah Kelang pula, saya kekurangan vitamin. kerana dibebani kerja, dan tak pasti bila ingin makan. dan makan pula makanan yang tidak ditapis kandungan minyak, gula, garam. Langsung tiada buah betik, sejak sebulan yang lalu.
Saya dambakan masa bertemu ahli keluarga, kekanda, adinda,... anak2 saudara. Dating dengan sorang princess di playground.
Tiba-tiba tumbuh misai. Johnny Pettibone? Dave Grohl? akan shave esok. saya belum lagi berada dalam band metal, belum reunite w/ Kamal Masrun. jadi saya perlu tunjukkan rasa selamat di ofis. dan buat gila.
stressful. akhirnya kita perlu balik juga. once every 3 days. 3 minggu tu lama sangat. balik shah alam. bukan balik terengganu. itu raya karang.
walaupun engkau semua awek intern yang hanya tahu coldplay, dan kerani misteri malas yang tak tahu pasal muzik melainkan satu majalah dengan muka anak Khatijah Tan dan mintak CD spider, .... tak apalah. aku terhibur dengan korang semua. koranglah suri di pejabat , tempat kerja yang sebenarnya punya monster yang ghaib tapi korang tak tau. saya dapat merasainya.
ini post pertama saya lewat musim graphic. pertama sejak 6 bulan dahulu. pertama untuk tahun 2006. exhibition, insya Allah kalau jadi, karya akan dikatalogkan, bulan 6 atau bulan 7. jika tidak, saya masih teruskan untuk buat lebih banyak painting.
ia tak jadi nyata di Terengganu. itu yan menyebabkan saya patah hati. di sana, saya tidak superior buat seorang dara yang dicintai. lalu saya tidak dicintainya.
jadi ini ruang yang selamat untuk ceritakan perihal pembelian komputer peribadi, yang dirancang rapi, sejak ..... setahun yang dahulu (saya main tulis saja.)
ini juga ialah permulaan saya sebagai penulis (sebenarnya, menulis kembali), untuk media cetak yang dahulunya, luas kawasan liputannya. tulis tentang apa? tentang orang lain. alex grey, cd cover art, vaughan oliver, atau top ten record (yang kurang jadi 9, of all time....). dan satu video muzik david fincher.
saya tak guna jurnal atau blog popular untuk post begini. mereka kata , saya ini boleh menyakitkan hati mereka. saya terima. kerana kalian belum bertemu saya. kerana kalian tidak tahu tentang derita saya, yang buatkan saya kekadang menuntut perhatian. merayu? let see, kalian punya masa sendiri. saya, jika merasakan menunggu itu proses yang sukar dengan keputusan yang tak pasti, i'll do it my way, the hard way, than never do it.
[originally posted on Deviantart]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment