Garden State: Filem dengan promo yang tak kencang pun, ketika Facebook tak wujud pun tapi masih sebuah filem indie yang laris gila

Blitzenius
By -
0
Cerita tentang filem dari produksi indie yang mendapat slot tayangan dan jumlah panggung yang terhad akan selalu berlaku. Bukan di dalam negara saja seperti yang terbaru berlaku pada filem One Two Jaga : Crossroads, tapi banyak lagi filem-filem lain di luar negara. Dengan bajet yang terhad yang menafikan promosi beear-besaran, kita berharap filem-filem indie ini dengan pasaran niche dapat ikuti sukses komersil filem indie seperti Garden State contohnya.

Dengan bajet sekitar USD$2.5 juta, filem ini mengumpul kutipan tiket sepuluh kali ganda sebanyak USD$26.7 juta di Amerika Utara sahaja. Filem lakonan Zach Braff, Natalie Portman dan Peter Sarsgaard yang diterbitkan pada tahun 2004 ini mendapat perhatian kerana beberapa faktor, antaranya seperti Zach Braff, pelakon dan pengarahnya. Biarpun pertama kali sebagai pengarah, nama Zach masih lagi segar kerana popularitinya sebagai pelakon siri komedi Scrubs. Cerita tentang filem arahan sulung Zach ini menjadi 'word of mouth' di kalangan peminat yang mencari waktu dan tempat tayangan biarpun edarannya terhad. Zach pula tak goyang kaki dengan membiarkan filemnya popular sendiri selepas menjadi buah mulut peminat tetapi  turun padang dengan tour serata US untuk memberi publisiti pada filemnya di mana selesai tayangan, akan diadakan sesi soal jawab bersama peminat.

Sebelum era media sosial, Zach Braff memberi perkembangan tentang pembikinan Garden State di blog filemnya di mana peminat mendapat maklumat tentang tayangannya di sini. Biarpun ditayangkan secara terhad di pawagam-pawagam yang tertentu,  ramai peminat sangggup memandu berjam-jam lamanya dari tempat mereka semata-mata mahu menonton filem ini berulang kali.

Pernah diterbitkan di Facebook Backstage pada 7 September 2018.

Ulasan penuh filem ini yang pernah diterbitkan di majalah ROTTW boleh dibaca di SINI.


Tags:

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)