Followers

Tuesday, October 11, 2016

Ulasan filem: THE NICE GUYS

Shane Black (Kiss Kiss Bang Bang, Iron Man 3) is back in black again. Saya tonton filem ini di press preview pagi tadi, totally better than Angry Birds that I've watched later. Tonton dengan my KL Buddy, I've told him why The Nice Guys is unlike any other mystery noir buddy comedy he had seen before.

KL Buddy: Filem ni kelakar tapi rumit sikitlah pada orang yang berusia macam saya.
Me: Tengok je lah era 70'annya dan apa isu yang diangkat bila kita dibawa ke era itu. Pornografi - yang sebenarnya sebenarnya bukannya pornografi sangat pun, tapi pembikinnya mahu creative freedom, free speech. Ada watak anti pornografi yang mengingatkan saya pada Tipper Gore tapi Shane make it further down the spiral. Scene protes depan mahkamah tu kelakar dan paling jelas.
KL Buddy: Jadi filem ni komedi yang ada isilah?
Me: I leave it there....

Sedangkan dialog anak dan ayah yang nampak simple pun boleh jadi witty, bold dan charming. (Dalam kecoh hal kerja si ayah, masih terselit hal rutin yang mereka buat tiap hari yang disebut.) Itu yang writer kita lack of.

(Lepas tu bincang kami berkisar Russell Crowe yang dah gemuk macam John Goodman, kenapa Ryan Gosling ialah bekas Mouseketeer yg jauh lebih baik daripada Britney, Christina Aguilera, JT combined and unstoppable force.)

Nota kaki:
1. Janna Nick tak suka. "Filem ini terlalu deeeepppp." Janna kena tipu dengan IMDB hahaha! Komen-komen satu benda pun takde kait dengan filem. Mau juga aku share kat Movie Addict bawak satu army walaupun a film is a matter of preference. #jnmoviereview
#sayangketatsendatpadat

2. Ryan Gosling masih menjerit macam perempuan.

8 out of 10

Plot: Berlatarkan Los Angeles pada tahun 1970an, penyiasat persendirian Holland March dan penguatkuasa Jackson Healy perlu bekerjasama untuk menyelesaikan kes kehilangan seorang gadis dan juga kematian pelakon porno yang pada mulanya dianggap tidak saling berkait. Ketika menyiasat mereka mendapati satu konspirasi yang mengejutkan membabitkan orang-orang ternama.

Treler: https://youtu.be/roh3MfHRRKI

Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 26 Mei 2016
Genre: Misteri / Komedi
Durasi: 1 Jam 56 Minit
Pengedar: TGV Pictures
Pelakon: Ryan Gosling, Matt Bomer, Russell Crowe, Kim Basinger
Pengarah: Shane Black

No comments:

Related Posts with Thumbnails