Saya suka filem ni. Sebuah komedi ringan (saya dengar sendiri dari Sabri Yunus sebab ia filem pertamanya, sebelum diteruskan dengan filem kedua yang boleh mengangkat drama yang lebih berat) yang pada saya memanfaatkan bakat pelakon-pelakon yang saya gemari seperti Amerul Affendi dan arwah Yuss Jambu. They both drive the whole movie dan ia juga sisi lakonan Yuss yang belum pernah dilihat sebelum ini yang lebih serius, dan lawaknya bukan lawak MLM. Setting kampung dan orang-orang kampungnya sealiran dengan Mamat Khalid tapi saya lebih gemari versi Sabri sebab ia tak sesesak versi Mamat dari segi komedi. Memang dari A ke B, on point.
Saya tak gemar sangat pemilihan Taufik Batisah sebagai watak utama. Betul. Such a bold move to cast Taufik Batisah yang tiada acting background dan lakonannya tidak terasa apa-apa. Walaupun wataknya tak mencabar, tapi saya tengok dia macam tu je lah, tak ada tekstur. Amerul dan Yuss yang banyak steal the show. Kalau dibuat filem based on watak Amerul memang saya canang gila-gila. Ianya permulaan yang baik walaupun masih ada kelemahannya. Membasuh luka melihat Fasha dalam naskhah Anak Mami Prof Razak baru-baru ini.
Cuma satu je lah. Tajuk filemnya Doktor Dukun Dani tapi sekali je saya nampak Dani jadi dukun. Besar harapan saya bila Dani seorang bekas doktor didukunkan selepas dia berguru dengan Dukun Sudin kerana ianya premis yang menarik tapi disia-siakan oleh Sabri Yunus untuk memberi ruang kepada drama yang biasa-biasa saja.
7 out of 10
Premis: Dani, seorang doktor muda yang baru bekerja, meletak jawatan apabila pembedahan pertamanya gagal dan pesakit meninggal dunia. Pulang ke kampung halamannya, jadi buah mulut orang. Bila dia ambil keputusan mengurus pusat perubatan tradisional milik Dukun Sudin, ibunya Mak Siti merasa kecewa. Ditambah dia menjadi mangsa dengki Chot yang sering memfitnahnya.
Tarikh Tayangan: 28 Julai 2016
Genre: Komedi / Drama
Durasi: 1 Jam 37 Minit
Pengedar: Astro Shaw
Pelakon: Taufik Batisah, Fasha Sandha, Raysha Rizrose, Amerul Affendi, Khatijah Tan
Pengarah, cerita dan lakonlayar: Sabri Yunus
No comments:
Post a Comment