1) Jared Leto. Sebut nama je. 30 Seconds To Mars. Bakal Joker dalam Suicide Squad.
2) Marlon Wayans (dalam role serius sebagai mat dadah, selepas sering dirujuk "Dia ni berlakon taraf filem lawak MIG 'Hantu Ikat Tepi' je ni!")
3) Darren Aronofsky, yang guna banyak hip hop montage / teknik fast cutting yang agak ekstensif dan penggunaan Snorricam, agak inovatif ketika itu tapi jadi bangang kalau sekarang diguna pakai dalam filem Taken.
4) Clint Mansell, kerjaya muzik post-grebo Pop Will Eat Itself yang menghasilkan Lux Aeterna (kolaborasi dengan Kronos Quartet) tapi yang paling saya gemar ialah bila ia digunakan pada pembuka filem di atas, (section yang dipanggil Summer Overture) masa Harry dengan kawannya, Tyrone nak jual peti tv milik ibu Harry (yang kini dah selamat berada di stesen Cooper).
5) Saya tak pernah bereksperimen dengan dadah dan hampir pasti tak akan selepas melihat kesannya dalam filem ini. Efektif? Tahap tengok filem ini sekali je. Sampai begitu sekali. Sedangkan tengok kesan dadah dalam The Wolf of Wall Street pun dah cukup parah, apatah lagi Trainspotting.
REQUIEM FOR A DREAM (RFAD) sebagai sebuah filem dah jadi semacam enigma bagi saya sejak mulai menyelak iklan OSTnya di majalah Alternative Press lewat tahun 2000 (turut jadi filem pilihan editorial tahun itu). Nama Darren Aronofsky disebut dalam majalah Wizard, acah-acah cadangan pengarah yang bakal membersihkan rekod buruk Batman di layar perak melalui Batman & Robin setelah maklum balas positif pada filem debutnya, π. Kemudian selepas melayari laman web rasminya, trek Lux Aeterna dengan injeksi elektronik dengan mudah mencengkam saya (yang kemudian digunakan sewenang-wenangnya oleh agensi iklan dan pembikin doku konspirasi iluminati, berbayar atau secara curi untuk tampak .... cool). Beberapa minit pertama yang saya tonton ialah apa yang saya belajar di sekolah MTV yang bergraduasi menjadi filem. Kalau hari ini, Aronofsky dipanggil pretentious dengan gayanya (rekodnya ada turun naik), saya masih kata RFAD amat memberi kesan pada saya, pertama pada visualnya, dan kedua, pada mesejnya samada anda nak panggil ia tentang dadah atau tentang mengejar mimpi.
Arahan: Darren Aronofsky
Lakonlayar: Hubert Selby, Jr., Darren Aronofsky, adaptasi novel Requiem for a Dream tulisan Hubert Selby, Jr.
Lakonan: Ellen Burstyn, Jared Leto, Jennifer Connelly, Marlon Wayans
Muzik: Clint Mansell
Sinematografi: Matthew Libatique
Suntingan: Jay Rabinowitz
Studio: Thousand Words, Protozoa Pictures
Edaran: Artisan Entertainment
Tarikh tayang: 14 Mei 2000 (festival Cannes), 28 Oktober2000 (pasaran US)
No comments:
Post a Comment